Mencari hati suci. |
"Menangis ke? Bengkak mata?"
Huh! Saya sudah melenakan diri selama 12 jam = separuh hari. Apa tidaknya. Pandang muka ustaz seperti tidak cukup tidur. Malu saya... Orang lain belajar saya berangan!
Sudah berjanji pada diri untuk tidak ponteng lagi, namun saya ponteng dua kelas hari ini tanpa sebab. Alasan yang tidak dapat diterima oleh sesiapa sahaja. Bangun pagi kemudian terus belayar kembali ke alam mimpi sampai terlepas kelas jam lapan pagi dan sepuluh pagi. Kelas 11.30 saya pergi disebabkan ada kerja perlu dihantar. Mujur tidak ponteng kelas Naqd Qadim sebab rupanya banyak benda best dalam subjek ini.
Perangai yang sangat tidak senonoh bagi seorang pelajar perempuan. Ponteng kelas.
Haha, bagi ada faedahnya saya ponteng awal-awal sebab dalam sistem UIA ada hadnya untuk ponteng. Sekali saya ponteng tentu saya ingat lain kali bahawa saya perlu berhati-hati supaya saya tidak mendapat surat cinta semester ini..
*jangan diikut perangai seorang yang punya kurang perasaan ini*
Bagi mereka yang benar dahagakan ilmu, tentu tidak akan lakukan fiil ini. Apa tidaknya sekali tertinggal kelas bermakna ada beribu kalam ustaz yang tertinggal. =]
Jadi, kesimpulannya, jangan ponteng kelas sudah wahai Jamilah. Sudah empat kelas kamu ponteng semester ini. Hanya tiga kelas yang masih "suci."
Titik. Sudah saya merapu di sini..
Assalamualaikum.
6.59p.m/ITD taman Ilmu & Budi.
Comments
Memesej akak tersayang... :O
something 2 say... menulis mesalah kita di entri adalah perkara yang lebih integriti daripada kehadiran kuliah....jujur pada diri...jujur pada dunia...
wassalaaam...
ikhlas kot,
-adik di bumi coklat (tanah x ada rumput)
Ina, orang di bawah meniru cara kamu memberi komen. haha.
Hm, betul kan kata kamu. Jika sekolah sudah pandai ponteng bagaimana dengan dunia kerjaya kelak. ye tak?
Haha.
Bercerita sampai semua orang baca tidak baguslah!
pss... bukankah banyak lagi isu selain cerita masalah sendiri???
Haha.
Akak tak rasa yang akak menconteng masalah tapi melepaskan perasaan.