murid dan guru saling memerlukan. |
Hubungan seorang guru dan seorang pelajar tidak bersambung jika pelajar itu sombong dengan gurunya. Dalam hal ini, pelajarlah yang perlu mendekati seseorang guru bagi mendapatkan ilmu yang dipunyai oleh guru. Bukan hanya menunggu pada segala ajaran guru dalam kelas. Seorang murid yang baik akan menganalisis terlebih dahulu setiap patah kata yang diucapkan oleh gurunya dan bertanya apabila ada sesuatu yang tidak faham.
Bagaimana akan bersambung jika pelajar itu kononnya malu. Di sinilah kamu meletakkan MALU bukan pada tempatnya. Bukankah kita perlu letakkan malu pada perkara maksiat, pada sesuatu yang melanggar batas kemanusiaan, bukannya malu dalam menuntut ilmu. Pepatah Melayu ada menyebut, "malu bertanya sesat jalan."
Sebelum saya menconteng lebih panjang, suka untuk saya menyebut sedikit tentang kata orang dulu-dulu. Tidak kisahlah simpulan bahasa, peribahasa, pantun dan segala macam petua dan pantang larang yang diamalkan oleh orang Melayu dulu -dulu terutamanya. Saya nampak bahawa segala kata yang mereka ucapkan sebenarnya terkandung makna tersirat yang kita tidak nampak seandainya tidak kita selami jauh-jauh... Anak muda sekarang mahukan yang mudah sahaja. Mana mahu berfikir dalam-dalam. Selalu nampak sesuatu hanya pada zahir, apabila nampak seperti tidak kena terus dikutuk sedangkan mungkin sebenarnya lain yang mahu disampaikan namun lain pula yang kita faham. Justeru jangan terus menolak segala ajaran nenek moyang kita tanpa berfikir... selagi ia berada dalam batasan Islam..
Guru tidak rugi sedikit pun jika kita hanya masuk dalam kelas dan duduk mendengar segala ajaran beliau tanpa bertanya. Sayalah yang rugi. Namun ego apakah yang bertakhta hinggakan untuk menegur guru dan berkata terima kasih setelah usai kelas terasa berat mulut. Baik juga ketika di sekolah rendah dan menengah diajar untuk bersalam dengan cikgu setiap usai kelas. Semakin besar terasa semakin kurang ajar dan pendidik yang mengajar. Mungkin kerana itulah terasa bengap.
Saya suka melihat orang bertanya soalan. Apabila didekati guru, maka kita membina jambatan dengan guru kita itu. Maka, akan dekatlah hati guru dna hati kita. Jangan sombong dengan guru kita kerana kita perlukan redha mereka untuk mendapatkan ilmu yang mereka curahkan.
Titian dengan guru membuatkan kita rasa senang belajar..
Sekian, contengan malam ini.
baru terasa macam nak belajar,
0910pm/ITD Taman Ilmu dan Budi.
Comments