Skip to main content

..tak ada kerja namanya...

Dia masih belum sedar diri yang dia itu seorang pelajar yang tugasnya belajar. Kalaulah ayah dia tahu apa yang dia lakukan sebenarnya di kampus ini apakah agaknya yang ayah akan katakan? Bukanlah anakmu ini tidak mahu belajar tetapi perasaan itu secara tanpa sedar sudah jauh meninggalkan dirinya sendiri. Itu yang akan dia jawab apabila kelak ditanya ayah. Tetapi benarkah begitu? Hendak berdepan dengan ayah sahaja sudah terketar semua jemari inikan mahu menjawab apa yang disoal ayah.

Benarkah dalam semua kepahitan itu sebenarnya tersembunyi kemanisan? Manis yang hanya akan dikecap apabila kesabaran dalam diri ampuh. Kadangkala dia terasa seperti mahu berada dalam lena yang panjang dan melupakan semua yang terjadi. Namun dia sedar yang sebagai seorang manusia mana mungkin dia melarikan diri daripada sebuah tanggungjawab hakiki sebagai manusia. Mahu lari ke mana wahai kamu?

Perjalanan meniti kehidupan itu singkat untuk mengumpul bekal menemui Allah yang kamu kata kamu sayang. Benarkah dalam diri ada rasa sayang pada Allah? Soalkan kembali diri itu.

Entah!

Minggu ini penuh kesersabutan dan kekalutan. Diri terasa sedikit tidak terurus dengan dalam diri yang sentiasa memberontak hari-hari. Apabila dia ketawa maka terasa hilang sedikit semua benda yang bersarang namun apabila bersendiri semuanya datang menjengah. Semuanya seakan mahu menekan diri hinggakan dia lemas yang akhirnya membawa dia ke dalam lena yang panjang.

Kata cikgu, orang yang suka tidur untuk lupakan masalah lebih pendek umur namun apa yang dia peduli. Asal sahaja telinga tidak mendengar perkara yang dia tidak mahu dengar dan walaupun sebenarnya kadang lena itu seakan tidak beri makna, sekurangnya dirinya boleh melupakan semuanya.

Huhu.

Nota:
Kredit gambar: carian di google

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...