Skip to main content

:.Mencari Cahaya:.

Pasti ada cahaya di hujung gelita.

Hidup ini tidak akan selamanya diselabut awan mendung. Hanya perlu pasak keyakinan dalam diri yang segala yang terjadi baik atau buruk, gembira atau sedih semuanya Allah aturkan untuk kebaikan kita. Kita memberi apa yang boleh beri, walaupun susah untuk memberi sesuatu yang kita rasa sayang sedangkan itulah yang terbaik untuk kita hulurkan kepada orang lain. Percaya dan yakinlah, setiap diberi itu akan dibalas cuma jangan diminta balasan itu dan jangan berharap. Kita tidak tahu apa yang akan Allah berikan.

Kita lihat seseorang dengan sekali pandang kita boleh terus percaya kepadanya. Kita lihat seseorang boleh terus kita jatuh kasih kepada dia. Hanya dengan pandangan pertama sudah masuk dalam hati kita dan kita mudah untuk menerima dia sebagai kawan kita. Sedangkan dengan orang lain yang sudah lama kita kenal namun belum dapat untuk berbaik.

Hati yang kotor itu payah untuk menerima kebaikan. Usahkan mahu betulkan manusia lain, diri sendiri bengkok dan tidak mahu dibetulkan. Namun aku teringat kata-kata seseorang, kala beliau bercerita ada seorang bukan Islam memeluk Islam lalu berkata pada temannya yang lahir sebagai seorang Islam, mengapakah tidak pernah kamu ceritakan tentang Islam kepada aku?

Cahaya mana mungkin hadir tanpa kamu yang mencari sumbernya. Ketenangan tidak hadir jika aku gagal menghadirkan Allah dalam setiap perkataan. 

Maka, carilah.. Pasti kau bertemu cahaya walaupun terasa seluruh hidupmu makin gelap. Hanya dosa yang akan menggelapkan mata hati. 

Nota:
1. Kredit gambar: http://fc09.deviantart.net/fs70/f/2011/020/e/2/e2ab57c3974725871f26f2e8bc11e8fa-d37lzal.jpg
2.Ilmu itu cahaya, ia tidak meresap dalam jiwa yang banyak dosa.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...