Tidak!!! Jangan baca contengan budak sengal ini.

Pandang skrin komputer lama-lama dan diam. Sudah keras terasa jemari untuk melakar walau hanya sebaris cerita. Namun saya sendiri terasa tidak senang walaupun sehari membiarkan blog ini tidak diconteng sesuatu. Sehari dua ini sebenarnya banyak bermain dengan perasaan ini yang menjadi sedikit bercelaru apabila menjelangnya minggu peperiksaan. Biasalah jika begitu. Mujur mood untuk menonton tivi itu bukan lagi berada pada tahap maksimum namun suka pula saya menghabiskan hari-hari dengan tidur.

Pagi tadi sahaja saya tidur hingga tidak ke kelas Bahasa Melayu. Bukan terasa tidak bersalah dengan cikgu namun apabila hati berbisik aku tidak mahu ke kelas, sudah sampai pun saya boleh berpaling ke belakang dan pulang ke bilik. Bangun ketika jam sudah di angka satu.

Mesej MASS.

"MASS, malasnya mahu ke kelas. huhu."

"Kalau sudah hati tidak mahu apa boleh dikata lagi. Petang ini pergilah kelas."

"Tidak mahu!!! Nak tidur." Saya berdegil pada mulanya. Wah, memang terasa sangat enak berada di bawah selimut dengan kipas terpasang pada kelajuan maksimum. Diri berada dalam kemalasan yang maksimum. 98 peratus tidak mahu ke kelas.

Berguling ke kiri kanan namun mata sudah tidak terpejam lagi. Dada pula berdegup kencang, terasa tidak senang mahu ponteng lagi petang ini.

Saya mengganggu dia lagi.

"MASS, apa yang kamu hembus hingga kami terasa mahu ke kelas."

Lalu dia membalas.

Saya ketawa. Terus terjun daripada katil dan menuju ke bilik air. Bersiap seadanya dan berjalan dengan lambat untuk ke kelas. Oh, yang penting ada semangat dan diri berada dalam kelas. Tidak kisahlah walaupun saya tahu yang tentu sahaja kepala ini aku melayang ke tempat lain.

Tidak!!! Ada pula yang menyoal soalan yang tidak mahu saya sentuh. Saya menjawab sekadarnya dan menunjukkan wajah tidak berminat. Maafkan saya.

Alhamdulillah! Sampai juga saya ke kelas petang ini dan belajar syair Ahmad Syauqi!!

Dan masih sempat menconteng dalam blog walaupun esok ada midterm dan hafazan yang perlu dihafaz dan perlu jumpa lecturer dan esok adalah kelas terakhir sebelum cuti! Oh tidak! Sabtu ada kelas parenting lagi.

*Ini namanya contengan manusia yang sedang menghadapi mid-term dengan penuh kemerapuan dan dia tidak sedar yang dia sudah berada di tahun dua. Dia rasa macam seperti kanak-kanak ribena yang boleh sesuka hati ponteng kelas. Huwaaaa.....
*Tidak tenang untuk melalui esok!
*mahu cepat cuti
*sengal terasa diriku sehari dua ini.. huhu.

*Contengan apakah ini*

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut