![]() |
Jangan lupa senyum! |
Persoalannya, berapakah banyakkah ilmu yang dituntut atau ilmu itu hanya digali kerana akan menghadapi peperiksaan.
Sepanjang dua tahun di sini, saya tidak pernah menyertai mana-mana persatuan tidak kiralah berkaitan dengan kuliah Bahasa Arab atau persatuan lain yang banyak dalam Taman Ilmu dan Budi ini. Saya tahu rugilah saya kiranya saya langsung tidak menggunakan kesempatan di sini untuk mengaut sebanyak mungkin pengalaman untuk bersosial atau berorganisasi namun saya lebih mengikut diri yang rimas apabila berada dalam khalayak yang ramai. Saya akan terasa tidak enak dan sangat janggal. Namun perasaan itu tiada pula walaupun saya berjalan sendiri di tengah ramai. Perasaan teringin dan mahu menyertai persatuan ada, namun saya terasa tidak mampu untuk bersama-sama dengan orang ramai. Pasti ada yang berkati saya penakut dan malu. Oh, saya memang begitu! Saya seorang penakut! Takut berdepan realiti!
"join ALA tak? "
Suatu hari seorang kakak yang juga pelajar bahasa Arab menyoal saya. Pantas saya menggeleng. ALA ini persatuan untuk mereka yang mengambil jurusan bahasa Arab namun saya tidak pernah langsung ke Annual Grand Meeting mereka apatah lagi menyertai aktiviti mereka.
Setiap semester pasti ada kisahnya tersendiri. Alhamdulillah, semoga semester ini lancar walaupun saya tidak tahu pengakhiran semester ini bagaimana. Paling penting, saya perlu meneruskan perjuangan di sini. Itu yang saya tahu sebelum saya mula berfikir akan soal lain pula.
Dia peminat coklat. |
Semester ini langsung (bertemu hanya untuk beberapa ketika) tidak bertemu dengan Habibah. Jujur, saya segan sudah mahu seperti selalu. Saya tahu dia juga tidak mahu keadaan jadi begini, saya sendiri perlu akur kepada sebuah kenyataan. Dalam diam saya hanya mampu menghantar senyum dalam diam dan cerita di sini yang menandakan keberadaan saya.
Saya tahu kamu mungkin juga membaca contengan saya di sini.
Ketahuilah walaupun keadaan tidak mungkin berulang seperti hari-hari yang sudah berlalu, kamu teruskanlah segalanya. Saya tahu kamu hebat dan mampun lakukan apa sahaja yang diberikan untuk kamu. Jangan fikirkan sangat apa yang orang lain kata. Itu hanyalah pandangan mereka yang juga manusia seperti kita. Saya tidak pula melihat kamu seperti yang mereka katakan itu melainkan saya melihat seorang Habibah yang selalu buat saya tersenyum.
Kamu, padamkanlah perasaan tidak enak atau komen-komen yang perlu kamu padam. Jangan biarkan rasa sunyi, atau apa sahaja perasaan negatif itu terus menghantui kamu. Saya yakin dengan kamu. Kamu hebat! Allah sediakan untuk orang hebat ujian yang tidak sama dengan orang yang biasa-biasa. Oh, saya tidak mahu mengulas lebih! Hanya ketahuilah wahai sahabatku, jika kamu perlukan seseorang untuk bercerita atau kamu mahu katakan sesuatu kepada saya, saya ada untuk mendengar. Oh.. Saya rindukan saat kamu selalu ceritakan pada saya.... Walaupun respon saya hanya diam, sekurangnya kamu sudah melepaskan perasaan itu.
oh, apakah yang sudah saya rapukan ini?
Habibah, hanya itulah yang mahu saya kata. Padamkanlah komen negatif yang orang lain katakan! Bangkit dengan diri sendiri. Peduli apa orang mahu kata kita nampak sombong atau tidak friendly atau apa sahaja. Jika begitu, saya lebih teruk akan dihentam! Saya langsung tidak pandai bergaul!
Kerana kamu boleh melalui pengalaman itu, maka kamu berada di tempat itu! Jika saya mungkin sudah teresak menangis, sudah jauh saya melarikan diri.
Saya tahu dan percaya, walau apa yang kamu katakan, kamu kuat sebenarnya untuk lalui kerana kamu punya kekuatan luar dan dalam yang lebih!
=]
Tersenyumlah sahabatku sebagaimana selalu,
Jangan dibiar perasaan kuasai dirimu,
Aku tidak lagi di sisimu selalu,
Namun ingatan ada untuk kamu,
Kalau kamu perlu melepas sendu,
Hadirkan diri pada aku,
Akan dipinjamkan bahu,
Walau akhirnya aku hanya membisu,
Namun aku mahu kau lepaskan rasa itu,
biar ia berlalu,
Jangan dibiar emosi mengharu.
...Norhabibah Mansor...
(oh, saya tidak tahu kenapa saya menulis entri ini, namun jika kamu terbaca saya mahu kamu tahu, kamu hebat!!!!! HEBAT!!! HeBaT!!!)
Kamu kuat okey!!!
10.32p.m
1.1.2011.
Qamar Jamilah, Mahang.
Comments
Pengalaman mengajar sy mana satu SAHABAT yg SEBENAR SAHABAT,,
(senyum dlm agoni)