:Jom Kahwin!:

Kahwin elakkan zina!
 Bismillahirrahmanirrahim.

Petang ini damai. Hati meronta mahu berkongsi apa yang dikatakan Dr Salah dalam kelas parenting.. Pesanan buat anak muda yang belum berkahwin. 

Kata Dr Salah, sesiapa yang belum berkahwin itu seperti seorang yang tempang kakinya. Separuh agamanya belum disempurnakan. Bagaimana mahu melakukan seuatu terbaik jika diri sendiri yang tempang. Usah bicara yang kamu belum matang lantaran sebenarnya kematangan itu diperoleh setelah kamu berkahwin. Ada ibu bapa yang takut untuk menikahkan anaknya kerana bimbang anak itu yang masih keanak-anakan. Percayalah, yang setelah kamu berkahwin akan datang kematangan itu. Jadi, kalau kamu rasa kamu tidak matang berkahwinlah.Usah bicara mahu bina khilafah jika institusi keluarga itu sendiri masih pincang. Sepatutnya UIA ini membuat peraturan yang mana setiap orang yang diterima masuk di sini syaratnya adalah berkahwin. Sudah berkahwin,lulus! Belum berkahwin, semester pertama kena kahwin! (senyum! Ish.... Cuba bayangkan!)

Bukankah visi UIA ini adalah mahu melahirkan mukmin yang punya jasa pada agama!

Semuanya bermula dengan pembinaan keluarga sakinah!

Kerana itu, pelajarnya kena berkahwin. Kamu lihat ya, apabila berkahwin,maknanya tiada masalah coupling, masalah sosial berkurang dan zina itu tidak dilakukan kerana masing-masing punya pasangan yang halal. Orang Islam akan bertambah.kekuatan Islam akan bertambah dan Islam akan kuat! Kerana itu Barat mahu menidakkan kenyataan ini. Maka ditanam dalam akal orang Islam (Ah,kita senang mengikut!) supaya tiada fikiran untuk kahwin awal. Ada sesetengahnya langsung tidak terfikir! Lihat sahaja ibu ayah kita dahulu yang melahirkan anak-anak yang hebat walaupun berkahwin awal!

Tudia...

Termakan juga aku dengan apa yang Dr Salah perkatakan dalam kelas Parenting tadi. Sebelum ini pernah Kak Husni katakan tentang ini dan kali ini ada pengulangan daripada Dr Salah.Alhamdulillah. Kata Dr Salah lagi, sekurangnya setelah selesai kelas ini kamu ada perasaan mahu berkahwin dan lebih baik jika kamu terus berkahwin!

Ketempangan diri itu boleh diperbetul dengan sebuah pernikahan. Bagaimana mahu bahagia dengan hanya sebelah kaki?

Seorang isteri mudah untuk melahirkan apabila kurang dosanya dengan suami dan taat kepada suami. Jika takut untuk mendapat anak yang rapat, maka ikutlah kata-kata Al-Quran menyarankan anak itu disusukan dalam tempoh dua tahun. Maka, biasanya setelah tiga tahun barulah akan ada anak yang seterusnya.

Lihatlah! Betapa cantik aturan keluarga dalam Islam. Namun kini kita disogok dan ditanam dalam pemikiran untuk berkahwwin lambat dan mengumpul harta dahulu! Rezeki itu sentiasa ada untuk kita, kenapa mahu menafikan?

Mahu berkahwin tidak menjadi syarat untuk buat kenduri besar panggil satu Malaysia,cukuplah diumumkan yang kita sudah berkahsin, yang penting ada SISWA (Suami,isteri,saksi,wali,akad). Berkahwin mengikut kudrat sendiri, jangan memandang orang lain hebat, kita mahu kahwin atas kayangan pula. (hm, melihat situasi pengantin sekarang sebenarnya saya takut juga apabila melihat pengantin yang sangat cantik dan mendedahkan gambar mereka pada khalayak. Ini baru zaman kita,bagaimana nanti fatrah anak-anak kita? Cantik itu ada setiap manusia dan rasa saya  tidak perlu tunjukkan pada semua orang.Oh,ini pandangan peribadi! Pengantin sekarang pakaiannya.. Subhanallah!)

Sedang para utusan Allah itu mendirikan rumah tangga melainkan nabi Yahya, Nabi Isa... Sedangkan Nabi Musa itu berkahwin ketika di belakangnya tentera Firaun sedang mengejarnya! Subhanallah.Pentingnya sebuah ikatan perkahwinan dalam Islam. Bukankah Rasulullah itu pernah bersabda antara mafhumnya, jika bersugi itu tidakmembebankan umatku, maka diwajibkan atas merega bersugi setiap kali mahu bersolat. Perkara sekecil itu Rasulullah tidak mahu bebankan umatnya.Sedang Rasulullah menyarankan kita untuk berkahwin!

Hm, fikir-fikirkan! dan selamat tidur dengan tenang!

nota:
1. kredit gambar: http://th05.deviantart.net/fs70/PRE/f/2011/018/f/4/ikhwan_akhwat_after_married_by_bunbunami-d37iuqd.png

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut