dia atau aku?




Antara dua. [kredit gambar]
Asma' tunduk. Matanya tidak dapat bertentang dengan sahabatnya itu. Ternyata rasa bersalah tetap menyelubungi diri. 




"Sahabat apakah aku yang tidak dapat membantu sahabatnya dalam kesusahan."




Perkara yang diminta tolong mudah. Temankan Insyira ke majlis ilmu. Namun Asma' menolak. Alasannya kerana ada assignment untuk disiapkan.



***


Situasi ini berlaku dalam kehidupan seharian kita. Saya dan kamu juga dia. Ada ketika kita menolak permintaan orang lain sedangkan kita mampu memenuhi permintaan sahabat kita ini. Saya sama sekali tidak akan menyalahkan sahabat itu yang pasti tahu mana lebih penting untuk dirinya.


Saya sendiri juga begitu. Apabila angin saya bukan pada arah yang betul saya akan bersembunyi dalam bilik tanpa mahu bertemu dengan sesiapa. Kemudiannya pasti ada sesalan apabila ada perkara yang saya sudah terlepas pandang.


Apa sangatlah dengan memenuhi permintaannya jika saya sebenarnya tiada sebarang keuzuran lain untuk tidak membantunya. Percayalah bahawa selagi  mana kita membantu orang akan ada juga pertolongan untuk kita.


Pernahkah kadang kita belajar sedikit kerana kita peruntukkan masa untuk orang lain tetapi kita cepat faham?
Sedang pada masa yang lain kita belajar tiga jam berperah otak mahu faham apa yang tertulis dalam buku namun kosong!


Bukankah sifir kehidupan itu kita dapat apa yang kita berikan pada orang?


Catatan ini untuk diri saya sendiri. Masalah kita sebenarnya bukan masa yang tidak cukup namun kita yang tidak bijak menguruskan masa 24 jam yang Allah berikan pada kita. Lihat seperti saya sendiri yang sentiasa ada masa hari-hari untuk menulis entri baru namun belum tentu ada masa untuk mengulangkaji sedangkan tugas utama seorang pelajar itu belajar dan mengkaji.


Baik.


Semuanya terpulang kepada diri yang menjadi pengurus kepada jasad itu. Baik jalan yang dipilih maka baiklah jalannya. Buruk jalan yang dipilih maka fikirkanlah akibatnya!


Antara sahabat atau diri sendiri, kitalah yang membuat pilihan.


Catatan kecil: Sebenarnya kata-kata sahabat saya ini menusuk kalbu dan mahu saya kongsikan dengan kalian. Sahabat yang baik itu bukan hanya bersama sahabatnya namun boleh mengjak sahabatnya melakukan kebaikan dan menegur kesalahan sahabatnya. Ada berani??? Tidak cukup baik tu...

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut