Bukan sepatu ini yang dibeli "Hari ini nak ke mana ya?" Da bertanya lu'luah setelah makan tengahari hari itu. "Jom, kita fi JJ. Lu'luah nak cari kasut." (*sandal: bagi lu'luah seorang warganegara Kedah semuanya dipanggil kasut termasuklah selipar jamban itu pun kasut) Usai makan, Da dan Lu'luah bergerak untuk bersiap. Hampir setengah jam juga terpaksa menunggu Rapid KL 231 sampai kerana terlepas sebuah. Mereka pun meng'snap' gambar pemandangan UIAM yang cantik dalam gambar dahulu... bas sampai. Pusing satu UIAM sebelum bergerak keluar. Beli tiket LRT dan bayar tambang RM1. Sampai JJ Wangsa Maju. Sasaran mereka adalah kedai menjual kasut. Pusing-pusing cari tapi satu tidak berkenan. Memang pergi satu demi satu tempat menjual kasut dalam supermarket itu namun seperti tidak berkenan. Lu'luah komen macam-macam. Akhirnya lu'luah hanya menyerahkan tugas itu kepada Da. Bagi Lu'luah, dia kurang gemar disuruh membeli barang...
catatan untuk mengabadikan