17 July 2012

Kisah Gerai bernombor P3 dan Kelas Sorof


Seorang teman sekelas Nahu datang ke Gerai bernombor P3 HS. Saya membantu kakak menjaga gerai itu selang masa rehat yang ada.

"belilah. ini buku akak tulis." Saya buat muka toya mempromosi kepada tetamu yang saya kenal. Tidak mengapa tidak beli, cukuplah mereka tahu kerana saya budak baru belajar menulis, jika tidak promosikan karya sendiri siapa lagi? ya, memang karya boleh bercakap mewakili pengarang itu, masanya panjang. Sedang saya masih MENTAH dan HIJAU dalam dunia penulisan.

"Saya ada kawan menulis dengan Galeri Ilmu." Alhamdulillah. Saya tahu sesuatu lewat pertemuan saya dengan sister bernama Mahfuzoh. Saya doakan beliau juga akan menulis dan menerbitkan buku suatu hari nanti.

Dia bertanya:

"Tak rugi ke masa yang diguna untuk menulis?"

Gulp! Persis soalan di IKIM tempohari, bagaimana saya bahagi masa menulis dan belajar. Akhirnya saya menjawab,

"dah minat. Lagipun buku jadikan kita kekal." Jawapan spontan.

Ya, menulis menghidupkan manusia walaupun dia sudah meninggal dunia.

Teman, menulislah! Bakat menulis akan disoal. Sama seperti tugasmu : Allah letakkan kamu sebagai seorang pelajar bahasa Arab.

*Tertunduk. Malu dengan apa yang telah dilakukan*

Pagi tadi juga ada kisah menarik. perihal persediaan. Kelas Sorf. Saya dan seorang rakan sekelas berpangkat adik tidak merancang membentang topik yang diberi hari ini. Target: Khamis!

Akhirnya, setelah insan yang sepatutnya bentang -sangat meyakinkan beliau membentang tajuknya petang tadi- tidak hadir pagi itu. Lalu ustaz bertanya,

"siapa yang sudah siapkan bahs?"

Saya tunjuk. Okey, kamu bentang. Alamak. Gelabah saya dan teman. Memang tidak bersedia.

"Kamu buatkan salinan untuk semua."

Akhirnya kami bentang juga dalam keadaan sangat tidak bersedia. lepas. Markah tolak tepi.

"Khamis nanti bentang tajuk Hamzah. Mengapa hamzah letak atas alif, atas 'kerusi' atau atas wau?"

Alhamdulillah.

Jamilah Mohd Norddin
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan, insya Allah.


2 comments:

budak adab said...

power betul kak

Jamilah Mohd Norddin said...

budak adab,

belajar cari wang saku.