Skip to main content

Hei, ini tulisan rapuan, tidak harus kau baca!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

# ada ketikanya aku seakan-akan ragu dengan apa  yang aku putuskan, namun setelah aku yakin ini keputusan yang aku sendiri pilih. Aku terima. Akuketawa dan kembali senyum. Aku tidak boleh melayan perasaan tidak-tidak yang mengganggu diri dan teruskan kehidupan dengan senyum dan menyudahkan tugas-tugas  yang terbengkalai.

# Sampai satu saat, kamu akan rindukan tangisan yang telah lama tinggalkan diri kamu. Dan bila saat itu tiba, carilah sudut paling sunyi yang hanya ada kamu dan Dia, dan lepaskan semua rasa hingga kamu LEGA dan dapat hidup lebih baik.

# Selepas ini aku akan berterus terang akan statusku jika ada yang bertanya. Kata kakak, aku yang ambil keputusan, aku mesti hadapi dengan berani. 

# Perasaan cemburu sering hadir dalam  diri, segera aku padamkan. Allah beri yang terbaik pada aku dan sentiasa memberi yang terbaik. Aku pilih jalan ini, aku pilih lorong ini. Tiada siapa tunjuk, tiada siapa pinta melainkan diri aku sendiri.

# Kembara UK? Kawan-kawan dan kakak minta aku pohon, namun tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki.

# Menghantar resume untuk mencari kerja. Semoga Allah permudahkan.

# Belajar berdikari. Aku banyak bergantung dengan kakak, dengan orang lain. Mesti belajar berdiri atas kaki sendiri.

# "Kami degil tak?" "Degil." "Macam kayu ke batu." Macam batu. haha. aku ketawa. 

# Ilmu yang tidak berkat. Untungnya  mereka yang sangat dekat dengan ilmu dan pemberi ilmu. Masa yang aku tinggalkan tidak akan diputar semula dan aku pandang ke hadapan dan terus hidup dengan senyum. 

# "Baliklah kampung lepas buka booth nanti." -Ya, aku harus sudahkan segera kerja ini dan kembali ke kampung jika tiada apa lagi yang menanti aku di sini. Namun rezeki siapa yang tahu. Masih fikirkan mahu jual apa di booth dua minggu akan datang (18.2.2013-22.2.2013)

# Aku teringin tanyakan soalan ini namun tidak berani. : Adakah mereka akan malu punya kawan seperti aku? Aku yang tidak punya apa-apa dan seorang troublemaker?  

# Okey, sudah banyak aku membebel-bebel di sini. Hari ini, aku mendatangi ITD dan ternyata masih dapat menggunakan komputer di sini. 

*** Catatan berhenti di sini. 9.18 pagi. Masa untuk berkenalan di Dar Hikmah menyudahkan tugasan. Nanti akan aku sambung berceloteh lagi.


Projek 2013 yang masih tertangguh! Novel bersama temanku ... dan himpunan kisah-kisah. Doakan aku!

Wassalam.

Comments

Salam ziarah :)

Akak!!!!

Booth apa tu? jika nak letak barang Kraf Ina Nailofar boleh? :)

Dar Hikmah??Kolej di Sungai Ramal tu ke? :)

Yakinlah, setiap yang berlaku terbaik buat kita.

Salam sayang,
Ina Nailofar.

**tajuk entri yang lagilah menarik minat nak baca (*^-^*)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك