Tajuk: Impiana
Pengarang: ain maisarah
Alhamdulillah dapat juga menyudahkan pembacaan buku yang kedua untuk hari ini. Ya, sebuah novel yang sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah sebenarnya.. Namun tidak menghalang aku menjadi salah seorang peminat penulis cilik Ain Maisarah...
Impiana adalah novel pertama Ain Maisarah yang aku baca. Sebelum ini aku tidak pernah pun membaca walau suka melihat muka depan bukunya yang menarik. Impiana aku beli atas saranan Bib dan beliau yang terlebih dahulu baca sebelum aku.. (tak sempat baca) Adakah aku akan menjadi pengumpul koleksi novel Ain Maisarah???
Dengan jaringan internet selambat kura-kura berlari, aku rasa molek juga habiskan cuti dengan membaca stok buku yang dibawa pulang tempoh hari. Banyak juga yang perlu aku sudahkan pembacaannya. Apa guna beli jika tidak baca,betul tak? Hehe... sampai bila Jamilah puasa beli novel???
Aku suka membaca kisah sebenarnya yang terjadi sebelum Ain Maisarah menulis buku ini. Semuanya bermula dengan mimpi cik Abang beliau tentang syarikat Impiana dan hanay sekerat jalan mimpi itu... Maka beliau menyudahkan mimpi tersebut dengan terhasilnya novel ini.. Hm.. Menarik.. Mimpi juga boleh dijadikan modal untuk menulis sebuah novel.
Tidak perlulah aku berkisah panjang tentang Impiana. Cuma bagi aku ia kisah kita. Cerita yang menegur kita supaya bersyukur dengan apa yang ada dan tidak berdengki. Lihat sahaja watak-watak dalam Impiana yang terpaksa menghabiskan RM7’000 + melalui peristiwa pahit semata-mata mahu memenuhi impian mereka. Tak sanggup jika aku perlu melaluinya...
Esok aku akan sudahkan Impiana II pula.., Sambungan Impiana dan tidak mustahil akan mencari Impiana III untuk mencukupkan triloginya..

Comments
Malangnya buku-buku sudah grad dari UIA, jadi mereka sudah balik kampung.. Hanya tinggal buku Faisal Tehrani belum grad UIA..
hehe..