Skip to main content

RESENSI: ARCA KASIH & TIGA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI

Sejak bercuti tiada entri menarik untuk aku kongsikan melainkan bercerita satu dua perenggan tentang apa yang aku baca. Dan aku mencatatkan dalam diari ini saban hari supaya aku tidak lupa yang aku sebenarnya pernah membaca novel itu...

Ah, aku mudah menghabiskan novel namun sangat berat membaca buku bersifat ilmiah dan dipenuhi fakta... Bilakah aku dapat mengubah tabiat ini? Bukankah aku perlu membaca semua buku yang boleh supaya aku tidak hanya nampak satu jalan tanpa tahu jalan-jalan lain.

***

ARCA KASIH:
Arca kasih yang aku mulakan pembacaannya sejak semalam baru aku tamatkan pagi tadi. Ya, sebuah cerita cinta klise yang mana bertemu buat kali pertama- tak suka-terjadi kejadian yang buat mereka gaduh- baik-gaduh-baik semula.

Ketika bersekolah dahulu memang aku melayan novel cinta tak berkesudahan ini...

Aku beli novel ini sebab nak dapatkan tandatangan pengarangnya dan ada tulisan Pak Samad pada kulit belakang bukunya.. Ya, sebuah buku yang buatkan kita ke awangan bersama watak-watak namun ada sesuatu yang buatkan aku mahu cepat habiskan..

Kalau novel begini wataknya lelaki kacak + kerja kat pejabat..

apa-apa pun aku layan juga ceritanya dari mula sampai akhir... Belajar untuk kutip pengalaman la katakan..Sudah dibeli tak mungkin hanya simpan dalam almari...


TIGA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI
Daripada tiga orang pengarang jemari Seni: Syud, Hlovate dan Kak Suraya.

Secara kesuluruhannya aku suka tiga-tiga cerita dalam buku ini. Semuanya ada keistimewaan tersendiri terutamanya sentuhan Hlovate dan Kak Su yang makin aku caro di pasaran...


*Apa-apa pun semoga aku tida hanya melihat aksara yang terkandung dalam setiap baris katanya namun mencari makna daripada apa yang dibaca. Tidak guna aku baca banyak buku tanpa dapat satu pun memberi manfaat buat diriku sendiri...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...