Cuti sudah masuk fasa kedua. Minggu pertama tamat dengan bacaan beberapa buah novel yang belum dihadam. Ah, semuanya novel remaja yang sepatutnya dibaca oleh pelajar sekolah menengah. Namun apa aku peduli, asal sahaja aku beroleh sesuatu untuk dibaca. Menunggu untuk dibaca buku-buku ilmiah memang lambat walaupun ada juga yang dibeli.
Fasa kedua adalah untuk menulis. Insya Allah. Lamanya aku tidak menghantar ke mana-mana penerbitan. Sememangnya jika tidak menghantar tiada karya yang akan tersiar. Itulah yang perlu aku sendiri maklum. Tahun ini hanya pada awalnya aku ada menghantar beberapa nukilan ke majalah, kemudian senyap. Aku seperti hilang kekuatan untuk kembali menulis.
Namun fikirkan wahai Jamilah, jika kamu berhenti hari ini, mungkin ada rezeki kamu pada hari esok. Seorang penulis tidak akan tahu potensi dirinya jika hanya menyimpan apa yang ditulis. Biarlah apa yang kita buat jadi bekal sekiranya maut menjemput kiuta terlebih dahulu.
Ya, aku bukan seorang yang aktif bekerja di medan amal. Aku seorang manusia yang gemar bersembunyi di belakang pintu walaupun tahu akan kebenaran. Aku 'pernah' turun padang, namun aku rasakan yang aku berpura-pura. Aku takut aku akan lebih suka mencipta alasan. Jadi aku berundur dna hidup seperti hari ini.
Titik.

Comments
jangan suka bersembunyi di belakang pintu. Kebenaran tidak akan menjadi benar sekiranya disembunyi. Alihkan sedikit pintu.