Skip to main content

CHRONICLE 301 Semester Satu

Bismillah..

Alih-alih entri resensi buku juga yang menyusul dalam diari ini. Mana tidaknya aku cuba menghabiskan cuti yang berbaki dengan melangsaikan hutang membaca buku yang belum disentuh walaupun sudah lama berada dalam tangan. Buku yang dapat aku tamatkan hari ini bertajuk: Chronicle 301 Semester 1. Novel remaja yang dikarang oleh 4 orang penulis.

1.anis adlyana
2.ana nadia
3.Qayyum Nur
4.Ney joehan

Menceritakan kisah rakan sekamar yang memulakan pengajian semester pertama mereka di UNITI. Novel ini sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah yang bakal menjejakkan kaki ke universiti. Aku baca juga walaupun sudah di universiti

Jujurnya aku beli buku ini kerana tertarik dengan muka depan novel ini yang menarik. Namun, belum berkesempatan membacanya hinggalah semalam. Lama juga aku membaca kerana semalam sibuk melepak hingga hanya sedikit masa diperuntukkan untuk menelaah novel ini.

Bagi aku novel ini biasa namun istimewanya kerana terletak pada susunan watak yang mewakili setiap ahli dalam bilik 301. Nisa, Awa, Iman dan Jihan. Mereka datang daripada latar yang berbeza namun dapat rapat dalam masa yang singkat. Nilai inilah yang perlu dipupuk supaya tidak bersikap seperti pelajar 305 yang punya perangai emngada-ngada dan mengajak kawan kepada perkara buruk.

Kerana itulah aku katakan novel ini sesuai dibaca oleh mereka di sekolah menengah. Dunia universiti sebenarnya banyak menguji kita dalam bab memilih kawan. Jika betul dan baik kawan di samping kita, maka, perjalanan kita terasa seronok dan pengajian tidak rasa membebankan. Namun tersalah dapat kawan, kita boleh berubah 360 darjah.

Hm... banyak pula aku mengomen tentang novel ini. Sekadar menulis dapatan setelah langsai novel ini aku kerjakan. Khabarnya ada sambungan Chronicle 301 semester 2.. Aku akan sabar menanti.

Terbaiklah buku ini!!!!

Catatan bawah diari: belum baca Impiana II.. Nanti dah habis aku tuliskan di sini.
Catatan bawah diari 2: Tulis entri tentang buku saja sebab sedang kering idea... Sekarang musim mahasiswa bercuti.. blog juga terasa sepi.. :(

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...