SELAMAT HARI LAHIR, AYAH!!!!

10 Jun 2010.

Sempena hari yang berbahagia buat seorang ayah, saya nukilkan entri ini buatnya.. Walaupun saya tahu beliau tidak akan membacanya... :)

Ayah,
Selamat hari lahir adik ucapkan. Walaupun adik sedar yang adik tidak pernah sekalipun menulis atau mengucapkan kata-kata ucapan selamat hari lahir atau selamat apa sekalipun, kali ini adik nak ucapkan sanah hilwa ayahku.. Semoga Allah panjangkan usia ayah dalam kebahagiaan dan lindungan Yang Esa serta kesihatan yang baik.

Ayah,
Dalam keluarga kita, akhirnya semua anak-anak ayah sudah tamat belajar melainkan adik. Tahniah, Ayah! Walaupun anak-anak ayah tidak bekerja dalam jabatan yang hebat dan gah, namun ayah berjaya mendidik anak-anak ayah sampai takat ini. Semuanya sampai satu tahap yang membolehkan mereka menyumbang sesuatu kepada orang lain. Pekerjaan ustazah dan jururawat sangat mulia, dan ayah tentu mendapat sahamnya juga kerana mendidik kami.

Terima kasih ayah.

Dalam renyai, dalam gelora, panas terik, ayahlah orang yang setia mendidik anak-anaknya supaya hari-hari tidak terlepas bekalan makanan dan dapat menyambung pelajaran. Namun apakah yang adik lakukan di sini setelah di beri amanah untuk belajar?

Ayah,
andainya ayah tahu adik ke mari bukannya belajar betul-betul apakah agaknya perasaan ayah? Adik tidak lupa makan, update blog, main-main, tapi adik lupa belajar. Adik lupa sesuatu yang penting... Maafkan adik, ayah.

Ayah,

...SELAMAT HARI LAHIR KE -61...

Ayahlah orang hebat di mata anakmu ini... Seorang ayah yang membesarkan anaknya bersama Mak, kemudian bersendiri mencari makan selama beberapa tahun.. Ah, besarnya pengorbanan seorang ayah.. Semoga jasa yang ayah taburkan tidak kami lupa.

Amin.. Ya Allah, berkatilah hidupkan ayaku dan semoga Ayah sentiasa dalam kebaikan.

Titik.

Saja-suka-suka-tak-tahu-nak-tulis-apa.

Comments

Cik Cumi said…
Selamat hari lahir pakcik Norddin..

kau mesti berbangga perolah anak seperti dia..
muSafir said…
selamat hari lahir Pak Cik Norddin~

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."
(Al-Ahqaaf: 15)
AinuL HayaT said…
maaf terlambat, 'selamat hari lahir Pak Cik Norddin, semoga Allah SWT memberkatimu...'

Ayah akak sure 'berbunga hatinya' bila tahu keikhlasan akak buat entri khas ni :)

u r the bez my sis! :D

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut