Skip to main content

KANAK-KANAK SYURGA

Aku pernah mendengar filem iran bagus buatannya namun belum pernah sekali menonton filemnya. Hari ini aku berpeluang menonton filem bertajuk "Children Of Heaven" Temanya kecil namun impaknya besar. Persoalan kecil yang diangkat memberi satu pengajaran yang perlu kita hayati. Kisah kehidupan. Jangan ditanya pula salinan filem ini kerana aku hanya menonton melalui youtube.

Filem ini bermula apabila Ali, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun ke kedai kasut untuk membaiki kasut adiknya. Namun ketika singgah di kedai lain untuk membeli kentang, kasut itu hilang kerana telah diangkut oleh tukang angkat sampah. Ali cuba mencarinya namun tidak ketemu.

Di sinilah bermula kisah apabila adiknya marah kerana peristiwa ini, Bagaimana Fatma (adik ALi) akan ke sekolah tanpa kasut nan sepasang itu? Atas rasa kasih dan sedar akan kesusahan keluarga, Ali meminjamkan kasut kepada adiknya yang bersekolah pada sebelah pagi. Mereka bergilir-gilir menggunakan kasut yang sama saban hari.

Kemuncak peristiwa adalah apabila Ali memasuki pertandingan lumba lari jarak jauh. Dia berhajat untuk mendapat nombor tiga kerana hadiahnya adalah sepasang kasut sukan. Malangnya, disebabkan mendapat nombor satu, Ali tidak dapat menghadiahkan adiknya sepasang kasut baru sebagai kasutnya yang hilang itu.

Titik.

Demikianlah secebis daripada kisah ini.


***

Dunia kanak-kanak yang mereka lalui amat berbeza dengan dunia aku. Aku cuba membuat perbandingan sendiri sambil mata tertancap pada skrin laptop. Betapa walaupun kecil mereka tahu kesusahan keluarga. APakah yang diucapkan ayah Ali.

"Kamu sudah berusia 9 tahun. Bukan masa untuk bermain lagi. Ayah dulu ketika ini sudah membantu keluarga."

Kata cikgu kepada Fatma.

"Periksa sudah dekat. Bukan lagi masa untuk hanya menonton kartun, main-main. Kamu kena pandai bahagiakan masa." Plap! Kena atas kepala sendiri.

Kanak-kanak sekecil itu mengenal erti berdikari dan tidak hanya tahu meminta. Jika kita di sini, rasanya kasut koyak sedikit, jawapannya tong sampah... Kita akan beli kasut baru. Aku terharu ketika di akhirnya menunjukkan kasut Ali yang sudah terlalu haus, Bayangkan dia berlari jauh dalam keadaan kasut begitu.

Mereka kaya dengan kasih sayang. Ada satu ketika, Fatma terlihat kasut yang sepatutnya miliknya dipakai oleh kanak-kanak lain. Mungkin ditemui di tempat longgokan sampah. Namun Fatma sekadar memerhati dan mengikut hingga ke rumah kanak-kanak tersebut. Apabila dilihat ayah kepada kanak-kanak itu buta, dia belas.

Sedangkan kalau kita tidak mustahil kita terus meluahkan rasa di situ. Pantang benar jika barang kita diusik apatah lagi melihat ada orang lain menggunakan barang kita.

Ah, indahnya dunia kanak-kanak yang tidak mengenal marah. dengki dendam... Makin dewasa, makin hilang mahabbah mawaddah dan rasa kasih dek  tekanan hidup.

Lepas ini nak menonton Colors of heaven pula. Kisah kanak-kanak buta.. :-)

~Menonton bukan hanya melihat gambar, namun menilai dengan mata hati....~

catatan: gambar ihsan pak guugle...

Comments

muSafir said…
salam.. saya dah tonton filem ini lama dahulu, seingatnya ketika masih sekolah rendah lagi, memang seronok cerita nih,, sgt menarik and lot's of moral values yg boleh dapat
=)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub