Skip to main content

FORUM: KAMI BERSAMAMU PELESTIN

Assalamualaikum, diari...

Semalam aku berkesempatan bersama-sama dalam sebuah forum di Main Auditorium yang membawakan Encik Shamsul Akmar Musa Kamal, seorang wartawan yang sama-sama dalam Rachell Corrie sebagai panelis.

Aku tidak mahu berceloteh panjang, sekadar mahu berkongsi beberapa isi yang sempat aku catatkan supaya aku tidak lupa dan menjadi sebuah perkongsian.

1. Patut atau tidak Zionis menyerang kapal-kapal kemanusiaan itu?
TIDAK!!! 

2.Tapi, adakah Zionis faham tindak balas yang diberikan masyarakat antarabangsa kali ini?
TIDAK!!! Malah mereka makin gemuk.

3.Apakah medium lain yang boleh digunkaan belia selain bersama-sama turun berdemonstrasi?
Gunakan medium sesawang. (Aku tertarik apabila ada seorang pelajar bangkit berkongsi ilmu dengan mengatakan bahawa sebenarnya dalam dunia maya ada satu golongan yang tugas mereka sampaikan propaganda Zionis ini mereka dibayar atas setiap pendapat atau komen yang dilontar. Mereka berjumlah ribuan dan  merupakan antara cerdik pandai dan hanya menerima FAKTA. Jadi, kita ada kemahiran berdebat sekiranya bertemu dengan laman yang menyokong Zionis, mari sama-sama kita tunaikan tugas kita)

4.Kenapa Yahudi berkuasa?
ILMU. Malah mereka menggunakan ilmu yang mereka ada untuk menjadikan Amerika Syarikat sebagai boneka yang menggerakkan agenda mereka. Jadi ILMU dilawan dengan ILMU. Sebagai pelajar, carilah kehebatan dalam diri yang dapat membnatu Islam dan membalas apa yang mereka lakukan. Bukan hanya dengan perasaan namun ILMU dan FAKTA. 

5.Akankah Yahudi berhenti?
Yahudi akan buat apa sahaja sampai kita ikut mereka walaupun masuk ke dalam lubang biawak.

6.Pelajar sebagai aktivis?
Bergantung kepada pelajar. Asalkan perlu tahu dua perkara: FAHAM apa yang diperjuangkan dan aktiviti yang disertai tidak semestinya terancang atau teratur. Yang penting MAHU.

7. Bagaimana bermula?
Semuanya perlu dengan pengetahuan atau kefahaman atau pengetahuan tentang apa yang kita mahu perjuangkan. Kemudian cari pengalaman dengan menyertai pertubuhan dan ikuti program yang mereka anjurkan. Dari situ kita beroleh pengalaman. 

8. Bagaimana antara cara melawan Zionis?
i.Menjadi aktivis
ii. Menggunakan saluran politik
iii.ILMU.

9.Adakah Amerika dengar apakah yang sedang kita katakan?
Mereka hanya mendengar kata-kata orang Amerika juga. Seorang panel mengambil contohnya kisahnya berkawan dengan waega Amerika. Mereka berkawan baik namun kawannya itu tidak akan mendengar tentang katanya tentang isu Palestin dan lain-lain. 

10.Bukankah tidak semua Yahudi jahat?
Ya, bukan semua Melayu malas. Tapi kita perlu ingat beberapa perkara ini:
i. Lihat apa di sekeliling kita
ii.Israel tidak mendengar suara monoriti
iii.Zionis tidak melihat rakyat PAlestin sebagai manusia. Mereka seperti burung yang boleh ditembak sesuka hati.
iv.Mereka dididik dengan ilmu sejak kecil dan makanan yang baik. (Pemikiran Zionis diterap sejak kecil.)

11. 3 doktrin pada setiap Yahudi.
i.Mereka bangsa yang dimuliakan
ii.Agama mereka agama yang dimuliakan. Mereka tidak perlu dakwah orang Islam masuk YAhudi kerana agama mereka mulia.
iii. Tanah yang dijanjikan. Baitul Maqdis tempat bermulanya ajaran Musa.

12. Berbicara tentang musuh.
i.Tahu siapa musuh kita.
ii.Tahu bagaimana mahu berlawan dengan musuh. (ILMU)

13.Kenapa isu Palestin kita tekankan bukan isu Selatan Thailand, dan lain-lain.
i. Dikatakan isu ini mungkin pencetus kepada perang dunia ketiga. (Allahu'alam)
ii.Setiap  kejadian seperti twin tower, Iran, Iraq... perkara yang terjadi ada kaitan dengan penglibatan Yahudi yang mahu memonopoli dunia

14.Bagaimana mahu selesaikan masalah ini?
Kembali kepada al-Quran dan As-Sunnah. Selagi kita hanya bergantung kepada akal, masalah akan kekal begitu dan makin membarah.

15.Bagaimana mahu memupuk kesedaran yang berpanjangan?
i.Minat
ii.Komunikasi

Kita perlu ingat sesuatu. Pada Zaman Rasulullah Islam mula bangkit. Kemudian diteruskan oleh legasi sahabat dan para tabiin hinggalalah Islam jatuh setelah berlalunya zaman kegemilangan Islam hingga kini. Namun, hari ini umat ISlam makin bertambah. Masjid di PAris, US, makin banyak. NAmun adakah kita ini umat yang diibaratkan nabi sebagai buih-buih di lautan?

Fikir-fikirkan.

p/s: Perkongsian ini adalah isi daripada tiga ahli panel:Encik Shamsul Akmar Musa Kamal, Prof Katarji Kasimin dan Kamarul Azlan Hanifiah.

Comments

terry bogart said…
sokong ur point yg aktivis perlu mempunyai konsep FAHAM..coz skang ni ramai je aktivis pelajar yg main follow ikut rentak semasa.. bahaya tu.. hu3
Adimuz said…
Salam...

Saya agak kecewa kerana terlepas majlis ilmu ini. Beberapa persoalan harap saudara dapat jelaskan.

1)Boleh jelaskan siapakah golongan yang dimaksudkan oleh pelajar tersebut?

2)Boleh saudara bantu saya untuk menjadi seorang aktivis anti-israel? Ada idea? Saya tercari-cari saluran tersebut.

Terima kasih atas maklumat yang saudara kongsikan.
Jamilah said…
terry bogart,

benar. Jika kita tidak memahami apa yang sedang dibawa jadilah kita seperti seorang buta yang gelap pula mata hatinya.. Mengikut tanpa tahu arah..

Moga kita dijauhkan daripada keadaam ini.
Jamilah said…
Bulya Iswandi,

Yup, jika ilmu dilawan dengan kata-kata kosong=tiada makna..

Betul tak?
Jamilah said…
Adimuz,

Wassalam, cikgu...

1) Maafkan saya kerana terlepas tentang perkara itu. Saya terlupa mencatatkan nama laman web yang menceritakan tentang perkara itu.

2)Aktivis anti-Israel? Mungkin saudara boleh berhubung dengan NGO-NGO yang ada... saya sendiri tidak terlalu arif akan hal ini.

Maafkan saya tidak dapat membantu.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub