"Cu, petang ni atok nak cerita cerita tenggang."
Mungkin bagi yang biasa bersama nenek atau datuk di kampung biasa dihiburkan dengan cerita teladan orang Melayu yang sebenarnya banyak terkandung pengajaran dan hikmat yang mahu dilampirkan bersama cerita. Hikayatnya tidak bersifat selapis namun punya makna yang perlu disingkap bagi yang mahu memahami.
Anak-anak kini lebih banyak dihidangkan dengan kartun-kartun pelbagai yang kadang-kadang hanya memberi keseronokan semata. Malah,lebih teruk, mereka akan mengaplikasikan dialog dan perlakuan yang dilihat dalam kehidupan seharian. Jika positif aksinya memang dapat diterima namun kadang-kadang... (sambung sendiri ayat ini...) Sangatlah kasihan jika begini generasi kita dididik kerana mereka adalah pemimpin akan datang datang!
Baik, berbalik kepada cerita asal... Aku pasti kalian biasa mendengar cerita-cerita melayu seperti bawang putih bawang merah, Si Tenggang, Pak Pandir dan banyak lagi cerita Melayu untuk disenaraikan. Dan aku percaya kalian akan dapat lihat juga maksud di sebalik cerita yang disampaikan. Ada saranan untuk tidak derhaka, perlu bijak mengambil keputusan, dan seributiga lagi pengajaran terkandung dalam setiap cerita. Jadi, mengapa perlu kita hanya membaca atau menonton Alice and the Wonderland dan 'saudara-saudaranya yang lain.'
Titik. Kalau kalian tidak setuju dengan kenyataan ini, kita lihat pula apa yang Islam hidangkan untuk kita. Al-Quran sendiri diturunkan antara uslubnya ialah kaedah penceritaan.Cerita Nabi Yusuf, Cerita Nabi Sulaiman dan semut, kisah ashabul Kahfi... Semuanya adalah untuk kita teladani.. Lihat sejarah untuk membaca masa depan.
Sekarang perlu ada penulis yang membukukan cerita yang terkandung dalam al-Quran dan sebarkan supaya ramai yang tahu. Almaklumlah, kita biasa diajar hanya membaca al-Quran huruf demi huruf tanpa menekankan maknanya... Jika orang putih ada bedtime story, orang melayu pula ada 365 cerita teladan (tak ingattajuk), kita orang Islam lebih hebat kerana ada cerita yang didatangkan daripada Allah pencipta kita... Rugilah jika kita tidak mengetahuinya...
titik.
~Semalam teringat tentang hal ini, maka aku coretkan di sini dalam dengan isi yang sedikit berkecamuk. Hanya menulis apa yang terlintas.... Maaf dengan kekurangan~

Comments
ibu bapa kena hadam dulu cerita2 nabi dan sirah..
tekena batang hidung weyh...
Setuju dengan pendapat mawar.. kalau ibu bapa tak tahu bagaimana nak ceritakan kepada anak-anak. ;)
orang yang tulis tu bukan setakat kena batang hidung, tapi batang tubuh dah ni..