APAKAH YANG AKU MAHU TULIS SEBENARNYA???
Soalan ini aku lontarkan kepada diri aku sendiri. Aku yang saban hari mencatat namun tidak faham apa yang dicatat. Aku yang setiap hari membaca namun ada ketikanya sesat dalam bacaan sendiri. Aku yang diberi nikmat Allah tanpa terhitung, tidak setimpal balasan kesyukurannya.
Titik.
Tanyakan kepada sesiapa yang menulis, pasti akan dijawabnya ada tujuan dia menulis. Maka, aku mahu soalkan kepada diri sendiri.. dan aku mahu tuliskan di sini satu kenyataan yang mungkin bersifat persoalan yang aku temukan di facebook... lebih kurang begini...
Kenyataan sebaris itu mampu menyentak akal warasku selama ini. Apakah sebenarnya yang telah aku berikan. Namun suka untuk aku nyatakan, yang walaupun seorang penulis itu walaupun dia hanya menyumbang sebuah puisi pendek atau cerpen tiga muka surat, bukankah itu juga satu satu sumbangan??? Sumbangan yang mampu dia berikan... Kerana setiap kita akan ditanya tentang perbuatan kita...
Dahulu, apabila ditanya apakah cita-citaku, aku akan menjawab mahu menjadi penulis. Namun sehari dua ini cita-cita itu seakan kabur dan aku tidak tahu adakah ia akan terpadam suatu hari kelak apabila aku punya kerjaya kelak....

"Selain menulis puisi dan mengarang cerpen tentang Palestin, apa lagi seorang penulis lakukan." (merujuk isu palestin sekarang)
Kenyataan sebaris itu mampu menyentak akal warasku selama ini. Apakah sebenarnya yang telah aku berikan. Namun suka untuk aku nyatakan, yang walaupun seorang penulis itu walaupun dia hanya menyumbang sebuah puisi pendek atau cerpen tiga muka surat, bukankah itu juga satu satu sumbangan??? Sumbangan yang mampu dia berikan... Kerana setiap kita akan ditanya tentang perbuatan kita...
Dahulu, apabila ditanya apakah cita-citaku, aku akan menjawab mahu menjadi penulis. Namun sehari dua ini cita-cita itu seakan kabur dan aku tidak tahu adakah ia akan terpadam suatu hari kelak apabila aku punya kerjaya kelak....
Comments
Jadi apa maksud, "adakah ia akan terpadam suatu hari kelak apabila AKU MEMPUNYAI KERJAYA kelak"
Bukan ke kerjaya awak kelak adalah seorang penulis...
Awak seolah2 tak bergerak ke arah cita2 tu.
Ramai org mnulis walaupn tak menjadikannya sbg punca rezki. Dan mereka tak berhenti menulis walaupn takde sape yg baca tulisan mereka dan tak dpt satu sen pn dr hasil tulisan mereka...
Pernah dgr "Mata Pena Lebih Tajam dari Mata Pedang"...
Cuba baca sejarah kuih bulan...
Bagaimana sepotong ayat menghasilkan sejarah..
Jamilah kena teruskan cita-cita jamilah.
u have a big potential in writing.
just dont give up k..
Ya, betul.. Supaya kita tidak menghitung kekesalan di kemudian hari...
Terima kasih dengan perkongsian...
Big potencial jika tidak digilap tak ada makna kak...
Pernah dgr "Mata Pena Lebih Tajam dari Mata Pedang"...
Cuba baca sejarah kuih bulan...
Bagaimana sepotong ayat menghasilkan sejarah..
Ya, suka kata-kata ni. Semoga ia menjadi semangat buatsaya sendiri..
Saya sekarang sudah makin tidak pasti dengan cita-cita untuk menjadi penulis kerana tidak emustahil setelah tamat pengajian saya berubah arah.. :)