Skip to main content

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah [Catatan 6] Definisi baik


catatan hati Durrah Nur Aqilah: Catatan 6: Definisi baik
Penulis: Ila Husna


Definisi baik  dalam. Kata dan makna yang tidak dapat lagi aku selam maknanya. Sekalipun berkali-kali cuba untuk aku selam ke dalam lautan kata mencari makna BAIK, sungguh aku gagal.

Melihat orang baik, justeru teransang diri mahu menjadi baik juga. Sedangkan diri hanya sekujur jasad yang belum bisa malah sering gagal mengawal diri sendiri daripada melakukan perkara luar kawalan. Hati yang tentunya banyak tompok hitam hinggakan wajah sering berkabut tanpa warna. Sesungguhnya pencarian sebuah diri belum berakhir dan mana bisa berakhir selagi nyawa dan jasad bersatu.

Aku teringat kata-kata seseorang semalam. Baik untuk kita berlembut dengan diri namun apabila kita terlalu memaafkan diri sendiri boleh menjadikan kita payah untuk BERUBAH! Aku setuju sangat dengan kenyataan ini.

Mungkin kerana pengalaman diri melalui situasi ini menjadikan aku terdiam beberapa saat! Ketika dia lafazkan kata itu, aku mahu ucap terima kasih! Terima kasih kerana buatkan aku tersedar yang mungkin akulah itu manusia yang terlalu berlembut dengan diri.

Dalam pergaulan kadang-kadang lewat juga batasnya apabila ketika itu aku mahu ungkapkan banyak perkara. Sampai tanpa sedar aku buatkan mereka terasa dan sakit hati dengan apa yang aku katakan. Mungkin ada ketika tulisan yang aku coretkan saban hari itu juga ada menyakitkan?

Ya Allah, sungguh aku menulis mengikut perkiraan diri sendiri cuma. Menulis perkara yang sering aku gagal sampaikan dengn lisan.
Bukan tidak boleh bercakap namun aku sering tidak mahu bercakap! Aku takut tersalah cakap! Walaupun aku tahu yang apabila aku ada kalanya aku tidak boleh diam terutama ketika mereka bertanyakan aku soalan.  Aku tahu yang setiap soalan memerlukan jawapan hanya aku membiarkan jawapan hanya ada dalam diri tanpa mahu aku zahirkan pada dua ulas bibir. Aku selalu takut tersalah cakap!

Sebenarnya ketakutan yang ada dalam dirilah yang perlu dibuang supaya apa yang kamu lalui hari-hari penuh rasa kesyukuran.

Kamu kurang berdoa, sebab itu kamu payah untuk berubah!
Ya, itu penyelesaian paling ampuh! Keyakinan atau apa sahaja yang terbina dalam diri adalah hasil doa yang terlafaz. kata-kata itu doa, perlakuan itu doa, solat itu doa. berharap yang terbaik itu doa.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Suatu petang. Dia menembak beliau dengan soalan-soalan. Aku sebagai pendengar yang setia. Mencedok jawapan, mencelah dengan senyum, dan kembali diam. Sebenarnya semua ini tentang sebuah keberuntungan. Namun kesempatan yang tidak diendahkan. Sering begitu. Akulah yang belum cukup bersyukur dengan kesempatan yang diberi. 
Tentang syukur. Bagaimana untuk suka dengan kerja yang sdang kita lakukan. Oh, betapa ramai yang ingin berada di tempat engkau berada sekarang. Jadi, belajarlah bersyukurlah. Dengan bersyukur, kita akan usaha untuk lakukan yang lebih baik. Akan sentiasa perbaiki diri. 
Kemudian, letakkan cinta dengan apa yang sedang engkau lakukan Jangan hanya rutin. Cari sesuatu, selalu tambah kualiti diri. Sebab itu perlu ada perbincangan. Bukan hanya duduk. Dengan pergaulan, meluaskan pengalaman. Menambah pengetahuan. 
Kalau rasa ada yang tak kena, semangat makin merudum, ingat kembali niat semasa bermula. Tentu ada sebab engkau berada di sini. Mungkin sebenarnya niatmu sendiri yang …

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS
Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus.

NUSUS
Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini?
Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini:
قول طرفة بن العبد:
نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر
طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil al-muall…

Cerpen: Kembali Bertaut

Kembali Bertaut Jamilah Mohd Norddin
Nazim menelentang di katilnya. Dia mengenang akan pemergian isterinya yang membawa diri. Kedegilannya yang tidak mahu berganjak daripada keputusan yang diambil menjadikan dia seorang perindu. Benarlah kata orang perpisahan mengajar makna kesetiaan. Dia sedar isterinya telah banyak bersabar dengan kerenahnya saban hari. Isterinya telah banyak berkorban untuk kesenangan mereka berdua. Namun saat itu ingatannya hanya tertumpu pada setiausaha genit di pejabatnya, Syahdah.

“Abang, esok kita balik rumah mak Jasmin. Tadi Abah telefon, katanya Mak sakit kuat.”

Selesai makan malam Jasmin meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dipandang wajah Nazim yang seolah-olah khusyuk membaca majalah. Nazim langsung tidak mengendah akan apa yang diucapnya. Biarlah hatinya menahan jengkel, ditahan juga rasa hati memandangkan statusnya sebagai seorang isteri.

“Abang dengar ke idak apa yang Min cakap?”

Jasmin kembali menyoal apabila Nazim hanya membantu. Sakit hati Jasmin melih…