cinta atau sebab mesti buat! setiap tahun ada dalam kalendar harian mahu kembali tembusi majalah. Akhirnya catatan tinggal catatan. Mahu menjadi penulis mesti berani. Berani menunjukkan karya kepada pihak editorial. Jika tidak jangan perasan sendiri ada karya akan tersiar. Tahun-tahun mula aku di bidang penulisan, semuanya masih panas. Zaman itu belum ada blog, dan aku berani tonjolkan tulisan aku. Makin tahun nampaknya aktiviti itu makin mengendur hingga 2011 berakhir dengan hanya satu sajak di Varsiti. Aku tahu, bukan kuantiti yang perlu diperkata, tetapi sudah akhirnya karya yang ditulis tinggal berkarat dalam blog yang tidak berani diterbit dan sudah tidak boleh dihantar ke majalah, apa mahu buat. 2012. aku menyimpan angan sama. mahu kembali tembusi pasaran, akhirnya sekali aku hantar dan aku senyap. usaha tahap ciput tidak usah berangan ada hasilnya. Senang berangan, mahu realisasikan perlukan pengorbanan dan kesungguhan. (hm, perlu kamu aplikasi seman...
catatan untuk mengabadikan