![]() |
pada gambar ada ceritanya |
Mungkin benar.
Kala rindu, aku akan sering menatap gambar yang ada dalam album kenangan . Gambar yang sengaja aku ācuciā untuk simpanan peribadi. Aku tidak mengerti mengapa aku suka begitu, namun bagi aku ada nilai pada setiap gambar yang aku simpan. Walaupun ia mungkin hanya gambar awan biru, muka orang, tumbuhan sekeliling rumah, malah rumah aku sendiri.
Gambar yang ada menjadi cerita sedih dan ria. Ketika sedih, aku pandang wajahku ketika senyum, aku lihat gambar yang boleh kembalikan senyum aku, lalu aku boleh kembali ketawa. Pasti dalam kehidupan lebih banyak gulanya. Itulah yang perlu disimpan dalam ingatan. Bukannya segala kepahitan yang mengiring perjalanan.
Benar. Kepahitan itulah sebenarnya yang banyak mengajar. Macam aku. Aku kenal dan lebih hargai sahabat ketika mereka ada ketika aku perlukan seseorang untuk menyokong. Sampai aku jadi malu sendiri jika aku tidak mampu ada kala mereka menyeru namaku. Sungguh tiada apa yang dapat aku bantu, tiada pertolongan yang dapat aku hulur, mungkin cukup aku berada di sisi.
Tidak ramai yang mampu bersabar dengan aku. Cukup. Tidak mahu aku bebelkan segala kedegilan dan nilai negatif yang ada dalam diri. Biarkan aku teruskan penulisan aku ini dan selepas ini dengan keindahan yang pernah hadir dalam hidup aku. Perihal kenangan yang singgah menjadi penyeri hidup. Tentang semua yang menyenangkan. Walau mungkin pasti ada pahit, masin, masam yang terselit dalam cerita-cerita it.
Tidak mengapa.
Ada jutaan kata yang mahu aku tulis, namun kadang tersekat, jadi mainan dalam diri. Bercakap banyak bukan pilihan aku, lebih suka membiarkan ia terbit dalam bentuk tulisan.
Walau aku makin sedar tulisan aku kian hilang āhatiānya...
Allah..
5.37p.m
Qamar Jamilah.
Comments