![]() |
Sahabat cermin buat dirimu |
Bukankah kita perlu memuhasabah diri setiap kali sebelum mata dilelapkan.
Fikirkan wahai diri yang masih lena diulit mimpi bahagia dunia yang tak pergi ke mana.
Bingung.
Apa yang perlu aku lakukan sekarang?
Ingin aku lupakan segala apa yang berlaku, yang menyebabkan aku diamuk kesedihan ini.
Mampukah aku?
Aku tidak punya kekuatan itu.
Kau punya kawan-kawan, sahabat yang mengambil berat, sedangkan kau tidak melaukan apa-apa untuk menghargai kasih sayang itu.
Cuba kau bayangkan, detik nyawa kau diangkat menuju Rabb, akan adakah mereka yang bersedih, atau meraikan kematian yang memang dipinta itu?
Diri sendiri yang belum bersedia.
Arghhh, aku mahu menangis.
Kenapa air mata ini belum sudi bertamu relung hati yang dirasuk perasaan tidak enak ini.
Aku tidak mampu mengukir kata-kata yang menyebabkan mereka gembira, hanya mampu bersuara agar diberi kesempatan menebus kesalahan yang bertampuk dalam diri.
Cuba kau bayangkan, benarkan kau mahu semua ini berlaku?
Atau ia berlaku di luar kawalan kita selaku manusia yang banyak melakukan kesilapan.
Fikir-fikirkan.
p/s: kesat air mata dan bersyukur. Berapa ramai yang tidak lagi bisa melihat mentari hari ini dan memandang wajah yang tersayang?
Comments