![]() |
Berikan aku CINTA itu ya Allah. |
Engkaulah yang mentakdirkan segalanya untuk aku.
Tenangkan aku dalam kebaikan dan semoga aku beroleh kebaikan.
Aku,
hamba kotor berpalit dosa ingin mengembalikan diri ini setulusnya.
Aku tahu rahmat-MU menantiku,
keampunanmu sentiasa rerhampar.
Allahurabbi,
dingin pagi ini membawa aku mengembara,
mengenali sosok diri sendiri,
aku sedar,
Aku sedar ya Allah,
aku bukanlah hamba yang mementingkan segalanya.
Namun, Kau lorongkan aku ke jalan kebenaran dan kebaikan.
Berikan aku kecintaan pada amal-amal kebaikan dan aku sentiasa mendoakan sahabatku.
Allah,
dalam pencarian ini,
aku sedar,
takdir yang Kau catatkan untuk aku ini adalah yang terbaik.
Aku tidak akan menyesal,
malahan berterima kasih atas segalanya.
Apa-apa sahaja yang kau berikan pasti tersembunyi hikmah yang aku sendiri tidak menjangka.
Aku tidak bole sekali-kali mengeluh dan mahu menjadikan apa-apa sahaja yang berlaku sebagai alasan untuk melarikan diri daripada segalanya.
Allah,
berikan aku kekuatan untuk melawan nafsu yang sentiasa menggoncang aku ke jalan keingkaran.
Aku mahu bergelar hamba yang bersyukur pada-MU.
Segala-galanya baik untuk aku,
Aku tahu....
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mendengar!!!
versi edit.
Qamar Jamilah
03082011
Comments