Hm, rasa malas nak menulis jadi aku taip pada google, sahabat yang baik.. Lalu aku bertemu dengan jawapan-jawapan ini... Yang ditulis oleh para blogger. Kawan yang baik adalah..: *Yang boleh menjaga rahsia kita.. *Berani menegur kesilapan kita.. *Sentiasa mengajak kita kearah kebaikkan dan tidak mengajak kearah keburukan.. *Sentiasa bersama kita walaupun kita ditimpa bencana or malang.. *Boleh memberikan pandangan yang baik.. [kredit: http://arpiiz001.blogspot.com/ ] Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: -Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; -Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; -Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; -Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan ...