Biru langit awal pagi. SEMESTER 2 2010/2011 Pengakhiran semester yang kalut dengan masalah-masalah yang dicipta. Kepontengan yang melampau, dibarred daripada peperiksaan, mahu menukar kursus lain, akhirnya mendapat kaunseling percuma yang memadamkan hasrat. Semester yang menguji dan memperlihatkan teman sejati. SEMESTER PENDEK –semester 3 2010/2011. Semester pendek termanis. Berpetang-petang di Sungai Pisang Pengalaman manis di Hutan Lipur Khancing. Bersantai di Taman Tasik Titiwangsa. Ke rumah Ainul di Butterworth buat kali ketiga... Temanku –Rokiah- menjadi isteri orang. Kakakku keempat menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah. SEMESTER 1 2011/2012. Allah, Segala pujian dikembalikan kepada-Mu atas segala kemudahan. Tahun ketiga di Taman Ilmu dan Budi, masih level 2. Perlahan-lahan kayuh perahu untuk sampai seberang. Paling kurang pulang ke kampung. Pulang hanya ketika cuti panjang.. Sehingga kawan berkata: “Bukankah Jamilah selalu balik kam...
catatan untuk mengabadikan