04 February 2013

Tiga Hari Lepas ...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Sabtu.
Pijak sahaja bumi Kuala Lumpur, aku terus jejakkan kaki ke Pesta Buku 1 Malaysia. Sempat tinggalkan mesej kepada Hazlina, "dapat beli sebuah buku pun jadi." dan dibalas dia, "kita tengok." Satu buku yang dikata menjadi empat buah buku dan beberapa buah majalah. Pejamkan mata, tahan diri daripada membeli. Terima kasih Nur Suhada temankan ke sana. Semoga ketemu lagi.

Hari ini.
Selesai memindahkan barang ke tempat baharu. Tamatlah kembara aku di bumi UIA. Masuk menggunakan pintu hadapan, keluar melalui pintu belakang. Berani buat berani tanggung.

Ada jalan lain, perchaya!

Esok, esok dan esok.
FFSD menelefon pagi tadi. Booth sudah dipastikan. Hanya perlu bayar dan ambil kunci nanti.

Buat kawan,
selamat meneruskan pengajian dengan cemerlang. :) Terima kasih menerima saya sebagai teman kalian selama saya di sini. Kalian peneman perjalanan dan pemberi inspirasi.

Nanti,
Pandang hadapan. :)

"tak nak appeal ke?" "Hm, tak berniat la pulak."

# cakapcakap kosong malam.
# sekarang tiada lagi wifi, menumpang laptop kakak.
# siapkan kerja!
# masa sudah diberi, semuanya ada depan mata, tinggal kau bergerak sahaja!





2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Patutlah dah lama tak update blog.

Jamilah Mohd Norddin said...

Tetamu IStimewa,

tetap dikemaskini dan cari ruang untuk menconteng.