12 June 2010

TALK ON PALESTINE

Semalam aku berkesempatan menghadiri talk yang dianjurkan oleh Aqsa Society, Turkish society dan beberapa persatuan lagi... Talk yang berkisar tentang isu Palestin juga, namun berdasarkan dua persoalan utama.

1.Kenapa Israel serang Mavi Marmara yang mana dalamnya ada orang Turki?
2.Mengapa Turki yang menjadi sasaran dan bukan negara lain.

Mungkin subjek sejarah tidak banyak dan terlalu sedikit yang didalami aku sendiri.Namun sedikit sebanyak aku dapat juga mengikut isi yang diucap oleh penceramah semalam...

Kita harus ingat yang setelah Turki menjadi negara sekular setelah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah. Turki adalah antara negara yang awal emngiktiraf Israel. Bermacam perkara yang telah mereka lakukan untuk menghilangkan Islam di Turki. Lama.. Hanya beberapa tahun ini Islam kembali nampak di Turki.

Maka, Zionis takut sokongan Turki meluntur setelah mereka mahu kembali kepada Islam. Dan kepimipinan di Turki yang sedar peluang mereka untuk menegakkan Islam hanya datang sekali dalam 100 tahun, mengambil peluang ini untuk membuat pembaharuan. Mereka cuba mengubah apa yang mampu.

Turki satu-satunya negara yanga da hubungan tentera dengan Israel. Mereka takut jika Turki berpaling tadah, lalu cuba mereka mencari jalan supaya Turki terlibat dalam kancah perang atau kekalutan. Maka, mereka akan leka.

Kerana itulah mereka menyerang Mavi MArmara. Bukannya untuk pertahankan diri tetapi sebuah rancangan... Rancangan yang sudah diaturkan.

Mengapa mereka serang dan memilih orang Turki?
Kerana mereka takut.

*Ada satu statement yang aku ingat penceramah ucapkan semalam... Kita tidak boleh bina semula kerajaan Uthmaniyah, namun kita boleh kembalikan semangat Uthmaniyah..

Allahu'alam..

Maaf kerana isi yang bercampur kerana aku hanya menulis kembali apa yang tercatat dalam nota.. Ingin tahu lebih lagi, tanyalah syeikh Gooogle atau buka buku sejarah.

No comments: