08 June 2010

MENUTUP SUPAYA DITUTUP

Alkisahnya aku ini seorang yang suka bercerita tentang perkara yang aku tahu kepada teman sekamarku. Semua yang aku tahu tentang kawan aku akan aku ceritakan pada dia. Bagi aku, ia bukan satu kesalahan kerana dia adalah kawan rapatku.

Adakah salah jika aku ceritakan pada dia?

Perkataan seperti Ghibah, mengumpat dan seumpamanya biasa kita dengar. Tidak semua perkara perlu dan dapat kita ceritakan kepada orang lain. Ada ketikanya boleh mengundang dosa pula. Perkara yang letaknya pada status 'sulit dan persendirian' tidak wajar didedahkan kepada pihak ketiga biarpun kepada ayah dan mak kita sendiri. Kerana ada perkara yang tidak dapat dikongsi dengan orang lain.

Apa pula yang Jamilah mahu catatkan kali ini? Hm... Sekadar berkongsi rasa hati tentang status 'sulit dan persendirian' yang perlu kita jaga. Perkara yang susah adalah menjaga rahsia kerana mulut kita tidak dapat diselotep untuk tidak bercerita perkara yang kita tahu kepada orang lain.

Aku pernah terdengar orang berkata yang tidak pula aku tahu kesahihannya. Kalau pasangan yang akan berkahwin tidak perlu bercerita tentang sejarah lampau yang tidak perlu bakal suaminya tahu.. Supaya tidak wujud soal tidak selesa atau ungkit mengungkit pada masa hadapan. Ada perkara yang kita perlu tutup terutamanya yang berada di bawah status sulit dan persendirian.

Bukankah kita disuruh menutup kesilapan orang lain supaya keburukan kita tidak dijaja. Aku percaya tentang hal ini, kerana Allah bersama sangkaan hamba-Nya. Selagi kita jaga saudara kita Allah jaga diri kita. Tidak usah kita asyik bercerita tentang perkara 'sulit dan persendirian' kepada pihak ketiga.

Kadang-kadang hati manusia perlu diketuk supaya selalu supaya dia terjaga. Dan aku mengetuk hati sendiri supaya aku tidak terleka. Jamilah, kalau kamu buka cerita tentang orang lain, ada 10 orang bercerita tentang kamu dibelakang. Jagalah hati mereka di sekelilingmu dan jangan ceritakan apa yang kamu tahu tentang sahabatmu kepada yang tidak perlu.

Aku sudah biasa bermain dengan hati. Maka, jangan biarkan lagi hatimu merana kerana kamu membuatkan rakanmu tidak selesa... Tidak semua benda aku boleh cerita kepada semua walaupun mulut aku tidak dapat diselotep, tapi kamu kena ingat Jamilah... Kamu akan disoal setiap kata dan lakumu... Jangan masukkan yang tidak perlu dalam hidupmu.

Tutup mulut pada perkara yang tidak perlu, wahai Jamilah Mohd Norddin.


~Mulut aku kadang-kadang tidak dapat ditahan untuk bercerita. Sebab tu aku menulis entri ini.... Jangan! Jangan! JAngan! Takut makan diri, jamilah.~

2 comments:

Amri Bahruji matPuisi said...

aku rase kite patut cerita kisah2 lame kat pasangan.. kalau boleh sebelum berkahwin lgi.. bukan nak bukak belang, tpi just nak die tahu siapa kite y sebenar.. ~~jujur dalam perhubungan~~..;)

Cik Cumi said...

pernah dengar jugak, seelok2nya jgn dicerita pada pasangn kisah lampau. takut nanti diungkit pada masa depan...