27 June 2010

The King of Torts

alhamdulillah, dapat juga aku menghabiskan The King of Torts (terjemahan) yang ditulis John Grisham. Nak dibaca versi asal dalam bahasa Inggeris, mungkin sebulan tidak juga aku tamatkan pembacaan. Alkisahnya, aku beli buku ini kerana tertarik dengan tajuknya walaupun aku bukannya seorang pengamal undang-undang atau tahu banyak tentang perundangan.

Baiklah, beralih kepada buku ini. Dua hari juga aku ambil masa untuk membacanya... Sejak pagi semalam aku berperang dengan buku ini... Petang ini barulah aku dapat menghabiskannya..

Hm, apakah yang aku rasa setelah membaca buku ini. Aku tidak pernah membaca novel sebegini sebelum ini. Mungkin aku sedikit terganggu dengan typing error yang ada, namun tidak terlalu menjejaskan pembacaan.

Cerita seorang peguam, -Clay- yang pada mulanya hanya peguam bergaji rendah dan bekerja dengan kerajaan. Clay ditemukan dengan kes pembunuhan yang melibatkan remaja jalanan dan beliau menjadi peguam belanya. Setelah maklumat ditemui dan dia mahu meneruskan pembelaan, datang cerita lain... Pace datang menawarkan sesuatu yang lumayan. Dan dia terpengaruh.

Ceritanya bagi aku mungkin sedikit menjemukan kerana aku bukannya terlalu berminat dengan kisah-kisah perundangan terutamanya apabila pengarang mendedahkan kehidupan para peguam yang terlalu pentingkan duit dan berbelanja seolah-olah wang itu seperti aliran air...

Namun yang menariknya, pengarang mmebawa aku bersama dunianya. membuatkan aku turut berasa mual dna loya dengan kehidupan mereka yang terlalu pentingkan wang tanpa memikirkan kebaikan pelanggan mereka...

Nampaknya dengan membaca buku ini, aku akan mula membaca buku-buku John Grisham.. Namun seperti mustahil aku akan membaca versi asalnya dalam bahasa Inggeris. Terima kasih buat PTS kerana menterjemah buku-buku begini.. :)

No comments: