Skip to main content

Posts

16 Oktober 2023

Hari ini aku belajar berdikari. Belajar di Klinik Kesihatan. Walaupun sedikit 'blur', alhamdulillah, walaupun urusan tidak selesai, sekurangnya aku berjaya melalui hari ini. Selama ini, jika demam selalunya atau perlu bertemu doktor, aku akan ke klinik swasta. Keluarkan wang rawatan dan ubat, sebab mahu cepat.  Suasana berbeza. Aku tahu aku juga perlu berubah. Aku belajar untuk ke klinik kesihatan. Belajar menunggu. Melihat suasana dan belajar. Memerhati dan belajar.  Aku keluar seperti biasa hari ini. Berjalan ke stesen MRT. Kemudiannya menaiki Grab ke klinik kesihatan walaupun dekat. Kerana aku belum biasa dengan tempatnya. Mungkin nanti aku hanya perlu berjalan.Ya. Aku perlu ke sana untuk beberapa kali lagi. Dua kali mungkin.  Kerana aku berhajat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan pada usia 30-an. Walaupun tidak dapat lakukan yang lengkap dan berbayar yang tentunya kita boleh pilih secara menyeluruh, cukuplah tahu yang asas. Semasa sihatlah kita perlu memeriksa kesi...

20 September

10 tahun lebih di perantauan, memang jika perlu ke klinik, aku ke klinik berhampiran rumah. Pertama tidak tahu mahu ke klinik kesihatan mana, kedua, ... Bila aku lihat sebenarnya kita boleh sahaja buat saringan awal kesihatan di klinik kesihatan dengan booking di Mysejahtera, aku tempah satu tarikh di klinik kesihatan berhampiran. Aku tidak pula periksa lebih lanjut... Yang akhirnya baru aku tahu kita perlu ke klinik kesihatan yang paling hampir dengan rumah, ikut kawasan kediaman. Begitu. Okeylah, aku belajar satu hal hari ini. (Sebelum ini hanya pernah sekali konon mahu buat pemeriksaan kesihatan untuk sambung belajar). Aku yang agak blur melalui proses hari ini. Hahaha. . Banyak melihat orang sahajalah hari ini sambil menunggu. Dari ruang menunggu penuh sampai kosong menjelang tengah hari. Memang aku antara yang terakhir dipanggil. Layan sahaja. Mak cik di sebelah tanya, "adik datang pukul berapa?" Kisahnya misi hari ini mahu buat saringan kesihatan kurang berjaya. "K...

Kepada Siapa Cerita ini Mahu Kuberitahu?

Tak ada yang mengganggu. Tak ada bicara dengan sesiapa. Air mata menitik. Setitik. Dua titik. Berhenti sendiri.  Dalam kepalanya entah ada bicara apa sedang bertelagah sesama sendiri. Hal-hal remeh. Perkara tidak perlu fikir.... Kenapa aku tak kuat? Mengapa aku mengada? Mengapa? Mengapa? Mengapa?  Pernah tak, sesekali, engkau terasa mahu berbual dengan seseorang. Engkau tidak tahu dengan siapa. Engkau mahu berbicara apa-apa sahaja. Namun mustahil engkau dapat lakukannya. Sebab, engkau tak dapat bercerita semuanya... Sebanyak mana engkau berkongsi, akan ada yang akan engkau rahsiakan. Dengan yang paling rapat dengan engkau sekalipun. Engkau mahu menceritakannya. Dalam masa sama engkau rasakan itu terlalu remeh untuk kau bicarakan dengan orang lain. Engkau memilih simpan. Bukan berhasrat untuk memendam. Telah engkau zahirkannya dengan contengan atau pertengkaran dalam kepala sendiri...  Akan ada masa, seperti masa sekarang, engkau mahu berbicara dengan seseorang. Hal-hal re...

Menjalani Hari

Sudah dua hari kepala ting tong dan rasa mahu tidur sahaja. Hal-hal yang perlu diurus masih tertangguh. Duduk diam di atas katil. Internet aku matikan menjelang malam, Berehat sepenuhnya.  Cuaca di luar sejuk. Hujan memasuki hari ketiga. Di dalam, aku mula bersin dan hidung berair. Memulakan hujung 2023 dengan selesema bukan sesuatu yang menggembirakan.  Tidak mengapa,  Begitulah hari-hari kita. Bukan matahari cerah setiap hari. Ada mendung dan hujan. Harus menikmati apa sekalipun cuaca sekarang. 

Tiada Cerita Baharu Tahun Ini

Pernahkah anda melihat seseorang berada di takuk yang lama untuk beberapa ketika?  Kadang aku merasakan begitu. 2022 sudah di hujung. Bakal berakhir dengan kisah-kisah yang terjadi. Ada yang aku ingat dan catat. Ada yang berlalu seperti angin. Ada peristiwa ingin dilupakan sepenuhnya, ada yang mahu diingat sampai bila-bila.  Ada perasaan baharu hadir. Ada perasaan lama kekal. Dapatlah aku katakan tahun ini aku memilih diriku sendiri juga. Ada ketika, perasaan tidak terkawal. Aku berada di luar kawalan. Melayan perasaan sendiri. Ya. Akhirnya perasaan itu juga berlalu...  Semoga aku dapat menjalani hari. Itu sahaja harapanku sekarang.  "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Lega

Perasaan apakah yang tersimpan dalam diri aku? Semalam, perasaan itu menjerit mahu keluar. Aku tidak dapat bercerita kepada orang lain. Aku tidak tahu mahu bercerita kepada siapa.  Malam itu.  Aku tutup semua lampu. Sekalipun aku lebih selesa tidur lampu terpasang. Cuba menutup mata. Perasaan sedang berlagu. Lagu duka.  Perlahan air mata menitik. Satu. Dua. Tiga titik... Aku biarkan. Aku layan.  Aku rindu air mata. Entah bila kali terakhir air mataku jadi teman. Jadi kelegaan. Setelah air mata gugur, aku lega. Aku boleh tidur lena. Seketika.  Jam 12 aku terjaga. Buat itu ini, sambung tidur... Aku lega, pada malam itu.  Tulisan Aku masih selesa bercerita melalui tulisan. Bersepah tulisanku di mana-mana. Cerita sama. Gaya sama. Aku memilih kata-kata yang mahu aku lontar. Aku simpan baki dalam diri. Atau dalam diari.  Kata-kata aku bukan suara besar. Banyak luahan. Cerita harian. Tentang aku... Lega, setelah menulis.  Semakin tua, kepala makin bising...

September Menjengah

"Cik belum bank in duit bulan ini." Sudah beberapa hari aku berkira-kira mahu mesej beritahu minta tangguh bayar duit sewa bulan ini. Elaun belum masuk. Aku harus menunggu sebelum boleh bayar duit sewa. Ya. Masih berdegil duduk seorang.  Terima kasih kerana menanti. Bukan sengaja mahu melewatkan, memang perlu duit masuk untuk aku keluarkan duit membayar itu ini.  Itu pun aku masih seperti aku setahun yang lalu. Seolah-olah semua baik-baik sedangkan sedangkan ada ketika aku pura-pura okey. Entah kepada siapa aku berpura... September berlagu. Aku masih sendu.  Semoga aku sedar diri. 

Tulisan Tengah Malam Pertengahan Ogos

Tiada yang dapat membangunkan diri engkau melainkan engkau sendiri.  Minggu ini menjadi minggu yang sunyi dalam bising. Kepala dan jasad enggan berdamai. Apabila satu anggota sakit, seluruh jasad memikul kesannya. Sejak Selasa. Berterusan sampai Khamis.  Aku enggan bertemu orang walaupun aku sudah berjanji memulakan tugasan yang diminta. Jasad aku tidak membenarkan. Akhirnya aku berasalan dan mengangguhkan sampai minggu depan.  Aku perlu berdamai dengan diri aku sendiri. Minggu ini jadi minggu sesak dalam diam. Diri sendiri yang sesak. Di luar, masih damai.  Aku mahu berlajar berdiam. Akhirnya aku membiarkan tulisan aku berbicara. Berbicara di ruang bising yang diam. Di sini, tiada yang melawat. Aku juga lebih bebas berbicara di sini. Menaip satu demi satu kata... HARGA MENDEWASA Aku tidak rasa aku dewasa. Usia yang makin merangkak tua. Menuju mati. Makin pendek masa. Makin sedikit ruang. Hanya aku yang belum sedar diri. Aku masih melakukan hal sesuka hati. Membuat h...

Ogos

Ogos tiba. Aku masih di tempat aku. Sudah setahun. Ah, tiga tahun? Entah. Sudah berapa tahun. Aku bergerak, tetapi ada ketika aku mahu diam sediamnya di tempat aku. Berbaring tidak melakukan apa-apa. Sekalipun tangan sibuk di telefon.  Bilangan aku bertemu orang lain semakin berkurang. Aku selalu nervous bertemu orang. Aku selesa sendiri... Terlalu selesa sampai ada rasa takut dalam diri.  Sepatutnya banyak hal perlu aku lakukan dan bergerak. Hakikatnya jasad aku banyak di rumah. Aku tidak tahu apa yang aku lakukan.  Bila kepala dan jasad "bergaduh" aku memilih lena walaupun aku tidak mengantuk. Atau aku akan tenggelam bersama drama.  Kadangkala sampai aku tidak faham diri sendiri. Mengapa aku buat begitu? Ogos sepatutnya bulan aku suka. Aku mahu menyelesaikan tugas kemas rak buku. Sudah beberapa hari rak buku terbiar. Aku banyak berbaring, tidak buat apa-apa. Buat aktiviti tetapi seperti tidak lakukan apa-apa. Aku ingin berpergian.  Jasad masih mahu berada di r...

2022

Hari ini, 15 Mac 2022.  Semakin jarang aku berbicara di sini. Membiarkan lemabran-lembaran kosong tidak terisi. Atau aku sebenarnya semakin hilang seni bercerita dengan tulisan. Juga perbualan-perbualan yang makin berkurang.  Semestinya ada banyak cerita yang aku tulis, ada yang kembali aku padam atau aku tulis dalam buku catatan untuk diri sendiri. Masih, aku mahu menulis di sini, ketika perasaan mahu mengeluarkan apa yang terbuku dalam kepala.  Cerita 1 Terima kasih mereka yang datang, membawa aku keluar seketika melihat dunia luar yang luas. Dunia aku semakin kecil, di dunia maya, di dalam bilik, memandang ke luar. Sesekali apabila awak ajak keluar atau menemani awak di kedai, memang tidak aku tolak. Aku masih mencari sebab untuk keluar sendirian, atau jika tidak aku akan selesa berada di rumah. Keluar untuk beli barang, dan kembali ke bilik.  Mereka tidak ramai, tetapi mereka ada. Itu mereka yang ada dalam lingkungan aku sekarang. Yang berinteraksi secara maya at...

Catatan pada suatu malam, dia tidak dapat lelapka mata

Beberapa hari lepas, dia rasa kurang sihat. Badan memintanya untuk duduk diam-diam sekalipun tangannya aktif di telefon. Ya. Memang dia 24 jam di rumah. Badan meminta lebih. Berehat. Memandang langit di jendela. Berehat lagi. Dua hari dia begitu. Dia gembira kerana di sini, dia boleh nampak langit. Berbaring juga nampak langit. Dia mendiamkan diri. Untuk dua hari. Hari ketiga, tenaganya sudah kembali. Dia kembali mengisi hari dengan aktiviti. Menyapu habuk di bilik, menyudahkan basuh baju, menonton, menulis contengan dan kembali seperti biasa... Ada satu tabiat aku suatu masa. Aku beritahu dia bila aku rasa tidak sihat dan tidak dapat menahan sendirian. Sekalipun hanya demam sedikit... "Saya tidak sihat," aduku. Sekarang, aku cuba menahan diri daripada memberitahu. Walaupun aku tulis juga di Instagram.  Bersalahkah aku? Bercerita tentang rasa yang hadir... Atau sepatutnya aku merawat diri sendiri dalam diam?  Ketika aku ulang-alik tempat belajar ke rumah, dalam satu semester ...

Catatan Selepas Lama Tidak Menyentuh Papan Kekunci

 Berada di dalam kelas adalah keseronokan untuk aku. Mendengar setiap sesi dengan bermacam-macam ilmu yang disampaikan sang guru, hilang lelah perjalanan turun naik kenderaan awam dan berjalan untuk sampai ke tempat belajar. Sudah setahun lebih kebiasaan itu habis. Sudah beberapa bulan sejak aku bukan lagi pelajar di sana.  Aku merindui suara-suara sang guru berbicara di dalam kelas. Kesempatan yang aku dapat semula dengan menonton sesi LIVE beberapa minggu belakangan ini. Seperti di dalam kelas, aku hanya diam mendengar. Ralit mendengar. Tanpa ada soalan. Memasukkan input dalam kepala yang hanya dimasukkan drama-drama yang aku tonton. Apabila mendengar kalam-kalam mereka, masuklah input lain di dalamnya.   Aku tahu banyak hal-hal menarik yang sedang berlangsung. Orang bergerak sehingga tidak cukup masa. Berkongsiu itu ini. Berbicara tentang banyak hal. Sedang aku seperti aku. Begitu. Di dalam dunia aku, yang ada aku dan apa-apa yang aku tonton aku ingat. 

Catatan Hujung Jun

Hati dan jasad berperang sesama sendiri. Tidak terkejar dengan apa yang berlaku di sekeliling. Jasad di rumah, jemari berjalan merata-rata.  Sekarang semua orang mahu guna audio. Mahu video. Sedang aku masih senang dengan tulisan dan gambar statik.    Mahu mengejar? Penat. Akhirnya aku mengikut rentak sendiri.  Menulis apa-apa aku mahu tulis. Tangkap gambar apa-apa yang aku mahu ambil.  Mahu mencuba. Tetapi mahu memulakan perlukan kekuatan yang luar biasa. Keberanian untuk memulakan. Aku belum ada itu...  Hujung Jun, aku masih aku sepuluh tahun lalu... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Permohonan

Kita tidak tahu bagaimana atau dengan cara apa permohonan kita diterima. Apabila yang datang itu secara tiba-tiba... dia seakan ingin menjerit sekuatnya pada malam itu.  Inikah jawapan permohonan itu?   "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Cerita 30 Syaaban

Tidak lagi konsisten menulis di sini. Namun aku masih menconteng di mana-mana yang boleh. Namun di sini tempat sunyi yang sangat seronok untuk aku bercerita. Jika ada yang membaca, mereka akan membaca dalam diam. Dan aku menulis dalam cerita. Cerita-cerita yang aku tidak catatkan di sana, aku tuliskan di sini.  Semalam, 30 Syaaban 1442H. Hari yang bermula dengan drama apabila suis dalam bilik tidak boleh dihidupkan. Kerana tuan rumah berpesan, apa-apa beritahu dia terlebih dahulu sebelum panggi orang baiki, aku patuh. Menunggu aku orang yang akan baiki sehingga petang. Pak cik yang akan baiki ada kerja di luar, hanya dapat datang pada waktu petang. Aku okey.  Alkisah semalam hujan diselang seli kilat dan petir. Jam 7, tiada yang datang. Syukurlah bilik ini tidaklah panas sangat sebab ada angin dari luar. Tetapi, dua kali jugalah aku berlarui tidur di merehatkan diri, tengah hari semalam.  Oh, ya. Aku sedang latihan industri sekarang. Tetapi semalam aku buat hal. Adalah ki...

terima kasih

Aku suka mendengar setiap kali dia berbicara semasa kami dalam perjalanan pulang. Aku pendiam. Aku suka mendengar. Terima kasih untuk setiap kisah yang merefleksi aku. Usia kita yang berkurang, tanggungjawab, sangat mempengaruhi keputusan yang kita lakukan... Sekalipun aku terlupa kisah, semoga aku tidak terlupa ibrah. Ada hal yang kita tidak simpan dalam kepala ketika kita makin tua... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Hari Yang Aneh

21 Februari 2021 Entah mengapa aku menggelar hari ini hari yang aneh. Untuk diri aku sendiri. Perasaanku turun naik daripada gembira menjadi sedih, dan ketawa kemudian mahu menangis. Menuliskannya, cara aku membiarkan perasaan itu berlalu. Itu cara aku berkomunikasi, pada masa sekarang. Menghantar tanda-tanda melalui tulisan, tentang perasaan yang sedang aku rasakan. Menuliskannya, adalah cara aku bercerita.  Bukanlah aku meminta balasan, hanya begitulah cara aku bercerita. Tentang apa yang sedang aku rasakan pada ketika itu... Mengapa aku mengatakan hari ini, hari yang aneh. Sepatutnya hari ini menggembirakan. Kerana aku akan masuk ke bilik baharu. Tetapi rumah kosong itu menimbulkan rasa sedih. Tanpa aku minta ia hadir. Aku terasa mahu menangis ketika mahu meninggalkan rumah kosong itu. Seperti cerpen yang aku tulis, ketika aku datang ke rumah kosong itu, hatiku terasa kosong... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Februari Menuju Hujung

Ada suatu kepuasan saat menuliskan di laman ini berbanding di media sosial. Kepuasan aku meluahkan dengan kata-kata tanpa had.  Februari hampir menuju hujung dan aku akan melalui pengalaman baharu walaupun masih di tempat yang sama. Masih di perumahan yang sama. Hanya berubah blok sahaja. Ada sebab yang menyebabkan aku perlu berubah angin. Dan akhirnya aku ada sebab yang kuat untuk aku berpindah.  Februari sudah sampai ke hujung. Lapa hari sahaja lagi. Dan aku masih seperti aku yang makin tidak tahu apa yang akan jadi dengan aku sepanjang 2021 ini. Aku hanya mengikut hari yang berlalu semakin pantas. Jumaat berganti Jumaat tanpa sedar. Ada 1000 kata yang mahu diluahkan, tetapi tidak dapat aku tuliskan. Mungkin lain kali. 

PERJALANAN INI BELUM TAMAT.

  Sejak 2017 aku berada di Akademi, melanjutkan pengajian. Tempoh tiga tahun, menjadi empat, yang menjadi peluang berharga kerana aku bersama-sama junior, daripada pengajian bersemuka, bertukar menjadi sesi dalam talian.  9.2.2021, tarikh yang mendebarkan itu akhirnya sudah berlalu. Jika diimbas 2017-2021, bukan hanya episod ketawa, ada air mata, episod berdiam diri, melarikan diri, buat hal... sehingga akhirnya 9.2.2021... tarikh itu hanya permulaan, kerana jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh selagi hidup. Meneruskan hari juga suatu perjuangan kini. Aku tidak dapat menahan diri daripada menulis status ini.  Mengenang cerita semalam... 9.2.2021 adalah tarikh seminar projek akhir sebelum tamat pengajian (masih ada latihan industri selepas ini). Yang mana projek akhir dalam bentuk kumpulan cerpen, drama pentas atau novel akan dinilai. Tempoh 14 minggu (lebih sebenarnya sejak seminar awal), yang dirasa lama rupa-rupanya sangat singkat. Aku yang tidak punya banyak kela...

Tiba Masanya Aku Pergi

Aku sayang akan rumah ini. Yang aku duduki sejak 2018 tidak silap. Daripada berdua, sendirian, bertukar-tukar rakan sebilik, aku masih di rumah ini. Tahun lepas, aku lepaskan hak sebagai penyewa dan hanya menyewa bilik kecil dalam rumah ini.  Apabila diberitahu akan ada orang lain masuk, aku tidak kisah. Tetapi apabila diberitahu mereka pasangan suami isteri, atas alasan apa sekalipun aku perlu keluar segera daripada rumah ini. Aku tidak akan selesa.  Semoga aku ditemukan dengan rumah yang lebih baik.  "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.