21 Februari 2021
Entah mengapa aku menggelar hari ini hari yang aneh. Untuk diri aku sendiri. Perasaanku turun naik daripada gembira menjadi sedih, dan ketawa kemudian mahu menangis.
Menuliskannya, cara aku membiarkan perasaan itu berlalu. Itu cara aku berkomunikasi, pada masa sekarang. Menghantar tanda-tanda melalui tulisan, tentang perasaan yang sedang aku rasakan. Menuliskannya, adalah cara aku bercerita.
Bukanlah aku meminta balasan, hanya begitulah cara aku bercerita. Tentang apa yang sedang aku rasakan pada ketika itu...
Mengapa aku mengatakan hari ini, hari yang aneh.
Sepatutnya hari ini menggembirakan. Kerana aku akan masuk ke bilik baharu.
Tetapi rumah kosong itu menimbulkan rasa sedih. Tanpa aku minta ia hadir. Aku terasa mahu menangis ketika mahu meninggalkan rumah kosong itu. Seperti cerpen yang aku tulis, ketika aku datang ke rumah kosong itu, hatiku terasa kosong...
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Comments