"Cik belum bank in duit bulan ini." Sudah beberapa hari aku berkira-kira mahu mesej beritahu minta tangguh bayar duit sewa bulan ini. Elaun belum masuk. Aku harus menunggu sebelum boleh bayar duit sewa. Ya. Masih berdegil duduk seorang.
Terima kasih kerana menanti. Bukan sengaja mahu melewatkan, memang perlu duit masuk untuk aku keluarkan duit membayar itu ini.
Itu pun aku masih seperti aku setahun yang lalu. Seolah-olah semua baik-baik sedangkan sedangkan ada ketika aku pura-pura okey. Entah kepada siapa aku berpura...
September berlagu. Aku masih sendu.
Semoga aku sedar diri.
Comments