Skip to main content

2022

Hari ini, 15 Mac 2022. 

Semakin jarang aku berbicara di sini. Membiarkan lemabran-lembaran kosong tidak terisi. Atau aku sebenarnya semakin hilang seni bercerita dengan tulisan. Juga perbualan-perbualan yang makin berkurang. 

Semestinya ada banyak cerita yang aku tulis, ada yang kembali aku padam atau aku tulis dalam buku catatan untuk diri sendiri. Masih, aku mahu menulis di sini, ketika perasaan mahu mengeluarkan apa yang terbuku dalam kepala. 

Cerita 1
Terima kasih mereka yang datang, membawa aku keluar seketika melihat dunia luar yang luas. Dunia aku semakin kecil, di dunia maya, di dalam bilik, memandang ke luar. Sesekali apabila awak ajak keluar atau menemani awak di kedai, memang tidak aku tolak. Aku masih mencari sebab untuk keluar sendirian, atau jika tidak aku akan selesa berada di rumah. Keluar untuk beli barang, dan kembali ke bilik. 

Mereka tidak ramai, tetapi mereka ada. Itu mereka yang ada dalam lingkungan aku sekarang. Yang berinteraksi secara maya atau langsung. Yang membuatkan aku tidak terasa sendiri. Yang membuatkan aku terus berkongsi cerita-cerita dan kadang kisah-kisah kosong tanpa makna, merepek dan membebel. 

Ya. Sekalipun kurang bebas bercerita, aku masih berkongsi ketika aku terasa mahu bercerita. 

Mereka yang hadir dan membantu. Terima kasih. Kata-kata, bantuan dan panggilan-panggilan yang menyedarkan aku yang aku tidak sendiri. 

Kebiasaan, ada keadaan aku akan menelefon seseorang untuk berbicara. Bukan aku mahu bersembang sangat. Aku mahu mendengar suara orang lain. Cukuplah aku sekadar ketawa, atau mendengar. 

Supaya aku sedar apa-apa sahaja yang sedang aku alami, rasa dan sedang buat sekarang, bukan apa-apa. Bukan teruk. 

Aku hanya perlu sedar yang hidup bukan hanya aku seorang. 

CERITA 2
Ramai kenalan kurang sihat. Ramai kenalan diuji. 

Suatu hari aku melihat status seseorang. Dan aku mesej semula dia. Walaupun kami hanya bersama serumah tiga bulan, dan hanya berinteraksi. Dia aku ingat sebagai rakan serumah yang rajin menjaga kebersihan rumah sewa kami. 

Katanya, dia mungkin teruji dengan masalah kesihatan. Aku tidak bertanya lanjut. Semoga dia baik-baik sahaja dan sihat. Dia anak muda, masih awal 20-an.... 

CERITA 3
VIDEO.

Ada ketika aku terasa ingin mengabadikan kenangan dalam bentuk video. Tetapi aku hanya yakin bergambar sendiri, bukannya video. Merakam. Walaupun aku seakan mahu berkata yang video lebih memberi impak kerana ia bergerak, dan boleh menontonnya semula, tidak seperti gambar...

Semoga aku ada mood untuk itu semula. haha. 

CERITA 4
Masih mencari diri.





NOTA: 
Skill menulis aku makin tumpul. 

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub