Ogos tiba. Aku masih di tempat aku. Sudah setahun. Ah, tiga tahun? Entah. Sudah berapa tahun.
Aku bergerak, tetapi ada ketika aku mahu diam sediamnya di tempat aku. Berbaring tidak melakukan apa-apa. Sekalipun tangan sibuk di telefon.
Bilangan aku bertemu orang lain semakin berkurang. Aku selalu nervous bertemu orang. Aku selesa sendiri... Terlalu selesa sampai ada rasa takut dalam diri.
Sepatutnya banyak hal perlu aku lakukan dan bergerak. Hakikatnya jasad aku banyak di rumah. Aku tidak tahu apa yang aku lakukan.
Bila kepala dan jasad "bergaduh" aku memilih lena walaupun aku tidak mengantuk. Atau aku akan tenggelam bersama drama.
Kadangkala sampai aku tidak faham diri sendiri.
Mengapa aku buat begitu?
Ogos sepatutnya bulan aku suka. Aku mahu menyelesaikan tugas kemas rak buku. Sudah beberapa hari rak buku terbiar. Aku banyak berbaring, tidak buat apa-apa. Buat aktiviti tetapi seperti tidak lakukan apa-apa.
Aku ingin berpergian.
Jasad masih mahu berada di rumah.
Comments