Skip to main content

Tulisan Tengah Malam Pertengahan Ogos

Tiada yang dapat membangunkan diri engkau melainkan engkau sendiri. 

Minggu ini menjadi minggu yang sunyi dalam bising. Kepala dan jasad enggan berdamai. Apabila satu anggota sakit, seluruh jasad memikul kesannya. Sejak Selasa. Berterusan sampai Khamis. 

Aku enggan bertemu orang walaupun aku sudah berjanji memulakan tugasan yang diminta. Jasad aku tidak membenarkan. Akhirnya aku berasalan dan mengangguhkan sampai minggu depan. 

Aku perlu berdamai dengan diri aku sendiri. Minggu ini jadi minggu sesak dalam diam. Diri sendiri yang sesak. Di luar, masih damai. 

Aku mahu berlajar berdiam. Akhirnya aku membiarkan tulisan aku berbicara. Berbicara di ruang bising yang diam. Di sini, tiada yang melawat. Aku juga lebih bebas berbicara di sini. Menaip satu demi satu kata...

HARGA MENDEWASA
Aku tidak rasa aku dewasa. Usia yang makin merangkak tua. Menuju mati. Makin pendek masa. Makin sedikit ruang. Hanya aku yang belum sedar diri. Aku masih melakukan hal sesuka hati. Membuat hal-hal yang dimahukan diri sendiri. 

SAKIT
Minggu ini, yang sakit bukan hanya jasad. Minda dan akal. Tidak berfungsi dengan baik. Minggu aku mahu menjauhkan diri daripada semua orang. Hanya bertemu rider-rider yang menghantar makanan dan barang. Turun buang sampah. Selebihnya aku bersembunyi dalam rumah. 

Menyebut perihal sakit, aku selalu fikir bagaimana aku tidak sihat dalam keadaan aku sendirian. Ya. Beli ubat guna apps. Tidak ke klinik. Faktor kewangan. Hari ketiga, baru aku beli ubat. Ya. Sudah membaik hari ini. Sudah boleh membebel. Mindaku masih perlu diubat... Perlukan sedikit masa. Aku akan kembali. 

DIAM
Aku akan diam apabila tiada yang mahu diberitahu. Mereka tak tahu cerita aku. Aku tidak tahu cerita mereka. Aku dalam dunia aku. 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...