Skip to main content

16 Oktober 2023


Hari ini aku belajar berdikari. Belajar di Klinik Kesihatan. Walaupun sedikit 'blur', alhamdulillah, walaupun urusan tidak selesai, sekurangnya aku berjaya melalui hari ini. Selama ini, jika demam selalunya atau perlu bertemu doktor, aku akan ke klinik swasta. Keluarkan wang rawatan dan ubat, sebab mahu cepat. 

Suasana berbeza. Aku tahu aku juga perlu berubah. Aku belajar untuk ke klinik kesihatan. Belajar menunggu. Melihat suasana dan belajar. Memerhati dan belajar. 

Aku keluar seperti biasa hari ini. Berjalan ke stesen MRT. Kemudiannya menaiki Grab ke klinik kesihatan walaupun dekat. Kerana aku belum biasa dengan tempatnya. Mungkin nanti aku hanya perlu berjalan.Ya. Aku perlu ke sana untuk beberapa kali lagi. Dua kali mungkin. 

Kerana aku berhajat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan pada usia 30-an. Walaupun tidak dapat lakukan yang lengkap dan berbayar yang tentunya kita boleh pilih secara menyeluruh, cukuplah tahu yang asas. Semasa sihatlah kita perlu memeriksa kesihatan. Betul? 

Semasa memeriksa tekanan darah (BP), bacaan kurang baik. Mungkin sebab aku gementar. Bacaan begitu sebenarnya sejak Julai. Agaknya aku memang selalu gementar bila perlu bertemu orang. Keadaan yang tidak boleh dikawal. Akhirnya, ketika bertemu doktor, "awak monitor dulu bacaan tekanan darah di rumah. Kita tak bagi ubat lagi. Kalau mula makan, kena makan seumur hidup." Semoga tidak sampai begitu, dan keadaan itu sebenarnya aku gementar. 

Ya. Aku hampir setiap hari makan makanan luar. Kurang sayur. Entah berapa banyak garam, perasa.... Semuanya ada dalam makanan aku, walaupun kadang sekali makannya, bukan makanan yang dimasak sendiri. Makanan luar. Adakah sudah tiba masanya aku perhatikan pemakanan?  Orang kata cegah sebelum kena. Ini sudah masuk tahap kena perhati sebelum betul-betul jadi. 

Hari ini. Pengalaman aku di klinik kesihatan. Mengingatkan aku yang kesihatan itu pinjaman... Ada tanggungjawab. Ada penjagaan... 

Semoga aku belajar. 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...