Skip to main content

PERJALANAN INI BELUM TAMAT.

 

Sejak 2017 aku berada di Akademi, melanjutkan pengajian. Tempoh tiga tahun, menjadi empat, yang menjadi peluang berharga kerana aku bersama-sama junior, daripada pengajian bersemuka, bertukar menjadi sesi dalam talian. 

9.2.2021, tarikh yang mendebarkan itu akhirnya sudah berlalu. Jika diimbas 2017-2021, bukan hanya episod ketawa, ada air mata, episod berdiam diri, melarikan diri, buat hal... sehingga akhirnya 9.2.2021... tarikh itu hanya permulaan, kerana jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh selagi hidup. Meneruskan hari juga suatu perjuangan kini. Aku tidak dapat menahan diri daripada menulis status ini. 

Mengenang cerita semalam... 9.2.2021 adalah tarikh seminar projek akhir sebelum tamat pengajian (masih ada latihan industri selepas ini). Yang mana projek akhir dalam bentuk kumpulan cerpen, drama pentas atau novel akan dinilai. Tempoh 14 minggu (lebih sebenarnya sejak seminar awal), yang dirasa lama rupa-rupanya sangat singkat. Aku yang tidak punya banyak kelas, banyak masa, sementelah kena berkurung di rumah, sangat tertipu oleh masa yang banyak itu... 

Buat satu cerpen, rehatnya lebih sebulan... hinggalah tanpa sedar sudah minggu sepuluh, barulah mula gelabah. Penyelia bersabar sahaja dengan pelajar nan seorang ini... Akhirnya hari akhir menghantar projek, yang mana aku pilih kumpulan cerpen, sampai ke tangan penilai... yang kami tidak tahu siapa. Penilai hanya diketahui pada hari penilaian... Itulah hari mendebarkan. 

Sampai masa aku, yang mana waktu itu sudah masuk tengahari, bermula dengan drama apabila audio aku tidak kedengaran. Eksyen sangat nak guna laptop sahaja, sedangkan sebelum ini aku gunakan phone untuk google meet. Buka di telefon, barulah sesi bersambung, yang aku tidak tahu apa aku cakap selama sesi itu. Berpeluh dan nervous usah cakaplah. Muka tanpa reaksi sepanjang bercakap tidak aku peduli. haha. Mahu sampai ke ayat terakhir sahaja. 

 Sampai saat komentar penilai, sekali lagi audio aku buat hal. Gelabah lagi aku. Alhamdulillah selesai juga akhirnya komentar daripada penilai... 10 cerpen itu masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki, jadi aku sangat berterima kasih atas setiap komentar membina yang diberikan (sudahlah aku tak ada respons apa-apa lepas itu... Boleh pula si jamilah ini menggeleng sahaja. Dah 30-an pun masih malas buka mulut). Yang penting, sesi mendebarkan untuk empat tahun pengajian aku sudah berlalu.

 Perjalanan lepas ini lebih penting kerana aku bakal berda di dunia luar semula.. Bukan lagi pelajar Cabarannya lain.

 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...