Bila aku lihat sebenarnya kita boleh sahaja buat saringan awal kesihatan di klinik kesihatan dengan booking di Mysejahtera, aku tempah satu tarikh di klinik kesihatan berhampiran. Aku tidak pula periksa lebih lanjut... Yang akhirnya baru aku tahu kita perlu ke klinik kesihatan yang paling hampir dengan rumah, ikut kawasan kediaman. Begitu. Okeylah, aku belajar satu hal hari ini. (Sebelum ini hanya pernah sekali konon mahu buat pemeriksaan kesihatan untuk sambung belajar).
Aku yang agak blur melalui proses hari ini. Hahaha.
.
Banyak melihat orang sahajalah hari ini sambil menunggu. Dari ruang menunggu penuh sampai kosong menjelang tengah hari. Memang aku antara yang terakhir dipanggil. Layan sahaja. Mak cik di sebelah tanya, "adik datang pukul berapa?"
Kisahnya misi hari ini mahu buat saringan kesihatan kurang berjaya. "Kita buat ujian air kencing sahaja." Kata doktor selepas bertanya sejarah kesihatan diri dan keluarga. Menghampiri jam 1, nama aku dipanggil. Bertemu doktor sekali lagi, beliau minta saya ke klinik kesihatan berhampiran kawasan rumah untuk buat ujian darah, dan lain-lain yang berkaitan jika perlu. Sebab bila buat ujian akan ada follow up dan sebagainya. Jadi perlu ikut kawasan perumahan di mana, dan ke klinik kesihatan berhampiran.
Begitulah pengalaman aku pada 20 September 2023. Ke klinik kesihatan. Seperti lucu juga aku ini.
.
Sihat pun kena periksa status kesihatan.
Semoga boleh derma darah lagi.
Tulis sini buat kenangan.
.
Comments