Ada suatu kepuasan saat menuliskan di laman ini berbanding di media sosial. Kepuasan aku meluahkan dengan kata-kata tanpa had.
Februari hampir menuju hujung dan aku akan melalui pengalaman baharu walaupun masih di tempat yang sama. Masih di perumahan yang sama. Hanya berubah blok sahaja. Ada sebab yang menyebabkan aku perlu berubah angin. Dan akhirnya aku ada sebab yang kuat untuk aku berpindah.
Februari sudah sampai ke hujung. Lapa hari sahaja lagi. Dan aku masih seperti aku yang makin tidak tahu apa yang akan jadi dengan aku sepanjang 2021 ini. Aku hanya mengikut hari yang berlalu semakin pantas. Jumaat berganti Jumaat tanpa sedar.
Ada 1000 kata yang mahu diluahkan, tetapi tidak dapat aku tuliskan. Mungkin lain kali.
Comments