Hati dan jasad berperang sesama sendiri. Tidak terkejar dengan apa yang berlaku di sekeliling. Jasad di rumah, jemari berjalan merata-rata.
Sekarang semua orang mahu guna audio. Mahu video. Sedang aku masih senang dengan tulisan dan gambar statik.
Mahu mengejar? Penat. Akhirnya aku mengikut rentak sendiri.
Menulis apa-apa aku mahu tulis. Tangkap gambar apa-apa yang aku mahu ambil.
Mahu mencuba. Tetapi mahu memulakan perlukan kekuatan yang luar biasa. Keberanian untuk memulakan. Aku belum ada itu...
Hujung Jun, aku masih aku sepuluh tahun lalu...
Comments