Semalam aku terfikirkan sesuatu. Tentang diri sendiri. Maka, aku cuba turunkan di sini,dalam diari ini.
Adakah aku punya apa yang dinamakan ‘inferiority complex’? Ketika merujuk kepada kamus, ia membawa maksud satu perasaan yang mana kamu rasakan kamu tidak bagus berbanding orang lain. Aku dapat merasakan jelmaan itu wujud dalam diri ini. Aku adalah manusia yang suka menjadi aku dan bukan orang lain. Malah, yang tidak bagusnya aku sukar untuk berpartisipasi dengan orang lain. Ada bisikan halus dan peperangan dengan diri sendiri yang menghalang aku untuk menonjolkan diri.
Jadi aku diam.
Bagi mereka yang mengenal aku secara lebih dekat, aku seorang yang punya ‘split personality.’ Aku seorang yang pendiam, dalam masa suatu masa lain boleh menjadi mulut murai, mulut laser, tidak tahu malu.. Aku boleh juga menjadi seseorang yang sukar untuk difahami kerana tingkah aku banyak berubah-ubah dan aku tidak punya karakter yang menu njukkan personaliti aku.
Aku diam. Aku perhati. Aku analisis.
Pergaulan aku dengan dunia luar terbatas kerana aku jenis manusia yang rimas berada dalam program. Program = majlis ilmu. Jika orang tidak suka majlis ilmu, maka dia adalah orang yang mati hatinya. Na’udzubillah... Aku suka menjadi pendengar majlis ilmu, namun boleh dikira dengan jari jumlah majlis ilmu yang aku hadiri... Betapa tidak aku syukuri nikmat lapang. Setiap kali aku hadiri majlis ilmu atau program, automatik mood akan berubah. Hati akan menangis secara tiba-tiba dan kadang-kadang lekat pada diri. Aku kehilangan cahaya.Aku PELARIAN. Akulah <<>>
Manusia sekeliling. Teman rapat. Orang yang tidak dikenal.
Keluarga mengenal aku sebagai orang lain. Mereka yang mengenal aku mengganggap aku begitu. Namun bagi sesiapa yang tidak pernah mengenali aku dan pertama kali bersua, akan ada satu perkataan hinggap di kepalanya... PENDIAM..
Lidah aku akan kelu apabila berada dalam khalayak. Terutama dalam kalangan orang yang hebat-hebat.Aku rasa rendah dan tidak punya apa-apa. Aku manusia biasa, sedang mereka hebat, maka ada satu perkataan lain muncul. SOMBONG.
Hati aku sendiri mengatakan yang aku sombong. Aku tidak sanggup bertegur sapa dengan senior, dengan orang yang baru aku kenali... Bukankah Mukmin itu bersaudara? Di manakah ikatan hati aku dan mereka? Hati akan cepat berdebar-debar dan aku hilang kata. Dalam beberapa program terhad yang aku hadiri, aku sedari perkara yang satu itu. Aku sukar memulakan perkenalan.
Aku tidak pernah minta ia hadir. Namun mulut hanya terkunci dan aku memerhati dalam diam pergaulan mereka. Aku lihat pergerakan mereka. Aku renung gerakan mata dan bualan mereka. Tapi aku akan diam dan diam. Aku mahu jadi pentafsir dalam diam dan menilai kerana aku tidak mampu bersuara.
Aku cemburu.
Ya, aku hanya seorang manusia yang punya diri sendiri. Aku tidak menyertai mana-mana persatuan untuk menggilap bakat. Aku tidak masuk mana-mana pertubuhan yang dapat mengajar aku kemahiran memimpin. Aku hanya ada diri aku. Aku telah MELARIKAN DIRI daripada sebuah kehidupan manis.
Cukuplah hati berbicara untuk hari ini. Aku.manusia.biasa.penumpang.bahtera.kehidupan.
Adakah aku punya apa yang dinamakan ‘inferiority complex’? Ketika merujuk kepada kamus, ia membawa maksud satu perasaan yang mana kamu rasakan kamu tidak bagus berbanding orang lain. Aku dapat merasakan jelmaan itu wujud dalam diri ini. Aku adalah manusia yang suka menjadi aku dan bukan orang lain. Malah, yang tidak bagusnya aku sukar untuk berpartisipasi dengan orang lain. Ada bisikan halus dan peperangan dengan diri sendiri yang menghalang aku untuk menonjolkan diri.
Jadi aku diam.
Bagi mereka yang mengenal aku secara lebih dekat, aku seorang yang punya ‘split personality.’ Aku seorang yang pendiam, dalam masa suatu masa lain boleh menjadi mulut murai, mulut laser, tidak tahu malu.. Aku boleh juga menjadi seseorang yang sukar untuk difahami kerana tingkah aku banyak berubah-ubah dan aku tidak punya karakter yang menu njukkan personaliti aku.
Aku diam. Aku perhati. Aku analisis.
Pergaulan aku dengan dunia luar terbatas kerana aku jenis manusia yang rimas berada dalam program. Program = majlis ilmu. Jika orang tidak suka majlis ilmu, maka dia adalah orang yang mati hatinya. Na’udzubillah... Aku suka menjadi pendengar majlis ilmu, namun boleh dikira dengan jari jumlah majlis ilmu yang aku hadiri... Betapa tidak aku syukuri nikmat lapang. Setiap kali aku hadiri majlis ilmu atau program, automatik mood akan berubah. Hati akan menangis secara tiba-tiba dan kadang-kadang lekat pada diri. Aku kehilangan cahaya.Aku PELARIAN. Akulah <<
Manusia sekeliling. Teman rapat. Orang yang tidak dikenal.
Keluarga mengenal aku sebagai orang lain. Mereka yang mengenal aku mengganggap aku begitu. Namun bagi sesiapa yang tidak pernah mengenali aku dan pertama kali bersua, akan ada satu perkataan hinggap di kepalanya... PENDIAM..
Lidah aku akan kelu apabila berada dalam khalayak. Terutama dalam kalangan orang yang hebat-hebat.Aku rasa rendah dan tidak punya apa-apa. Aku manusia biasa, sedang mereka hebat, maka ada satu perkataan lain muncul. SOMBONG.
Hati aku sendiri mengatakan yang aku sombong. Aku tidak sanggup bertegur sapa dengan senior, dengan orang yang baru aku kenali... Bukankah Mukmin itu bersaudara? Di manakah ikatan hati aku dan mereka? Hati akan cepat berdebar-debar dan aku hilang kata. Dalam beberapa program terhad yang aku hadiri, aku sedari perkara yang satu itu. Aku sukar memulakan perkenalan.
Aku tidak pernah minta ia hadir. Namun mulut hanya terkunci dan aku memerhati dalam diam pergaulan mereka. Aku lihat pergerakan mereka. Aku renung gerakan mata dan bualan mereka. Tapi aku akan diam dan diam. Aku mahu jadi pentafsir dalam diam dan menilai kerana aku tidak mampu bersuara.
Aku cemburu.
Ya, aku hanya seorang manusia yang punya diri sendiri. Aku tidak menyertai mana-mana persatuan untuk menggilap bakat. Aku tidak masuk mana-mana pertubuhan yang dapat mengajar aku kemahiran memimpin. Aku hanya ada diri aku. Aku telah MELARIKAN DIRI daripada sebuah kehidupan manis.
Cukuplah hati berbicara untuk hari ini. Aku.manusia.biasa.penumpang.bahtera.kehidupan.
Comments
1st of all..saya pun alami mcm saudari..ada sesetngh org pandang i am friendly..ada sesetngh org pandang..i am anti social..the true is... ada masa kena jaga bats,so xboleh la nak friendly..
so..saudari xperlu rasa mcm diri alami "inferiority complex"..dalm psikology...bnda tu adalah pnyakit.. n kecelaruan identity sekiranay dihurai..bnda tu >>luas..cthnya pondan (dia keliru samada dia nak jadi lelaki @ permpuan)..
so..kalau nak >>lanjut, pergi je bilik guru kaunseling..n set temu janji..bjumpa guru kaunseling xsemstinya bereti anda buat masalh..hu3
salam
wassalam...
terima kasih atas perkongsian dan cadangan...
huhu... ya, seronok juga berjumpa dengan kaunselor.. Dapat merasa pengalaman baru...
Tapi ada satu ubat yang mujarab.. Percaya dengan diri, berdoa dan berusaha untuk mengubah diri... Orang lain boleh kata apa-apa sahaja, tapi hanya diri sendiri yang boleh mengubah apa yang ada dengan izin Allah...
Wassalam..
Terima kasih sekali lagi buat saudara terry bogart.
patutlah...
tonjolkan diri dan ekpresikan rasa!
tidak perlu takut kerana kualiti dalam diri kita tak akan pernah sama dengan orang lain dan kita yang perlu bimbing diri kita sendiri berada sebaris dengan orang yang kita pandang hebat!
percayalah, DIA ada untuk kita meminta;)
terima kasih dengan kata-kaat membina motivasi ini...
Ya, DIA-lah yang sentiasa bersama-sama hamba-Nya...