Ada dua hati yang perlu sangat-sangat kita jaga hatinya. Ada dua jiwa yang mengharap kita menjadi seorang soleh dan solehah. Mereka mengharapkan kita menjadi seseorang yang berbakti kepada agama dan bangsa. Mereka mahu kita jadi orang berjaya di Dunia dan Akhirat.
Itulah dua hati Mak dan Ayah.
Mereka tidak akan menceritakan gelodak rasa yang ditanggung. Jarang sekali bercerita tentang kesusahan membesarkan kita. Mana ada ibu yang asyik menyalahkan anak tanpa sebab. Tiada ayah yang akan menyalahkan anaknya jika dia ditimpa kesusahan ketika mencari rezeki.
Ada orang kata apabila kita menjadi ayah dan ibu barulah kita sedar berharganya seorang ibu dan ayah..
Usahlah kau biarkan diri kamu hanya menyesal ketika melihat mereka dibungkus kain kafan, lalu kamu meratap kerana kehilangan mereka.
Jagalah hati mereka. Ingatlah, walaupun mereka ibu angkatmu, ayah angkatmu, ibu tirimu, ayah tirimu, mereka tetap ada kedudukan di sisi kamu selaku anak. Jika kamu tidak menunaikan tanggungjawab, kamu pasti disoal.
Ibu dan ayah tiri juga ada perasaan. Mereka tentu mahu anak isteri atau suami mereka menyayangi dan menghargai mereka.
Marilah kita menjaga hati-hati mereka...

Comments
benar... hanya cerita-cerita yang membesarkan berita.. Seolah-olah ibu tiri akan sentiasa jahat, sedangkan ramai mereka yang sebenarnya baik...