Skip to main content

DIARI JAMILAH: KISAH SHORT SEM 1

Sudah masuk minggu keempat untuk short sem kali pertama semenjak aku di IIUM Gombak. Alhamdulillah kerana Allah gerakkan hati untuk mengharungi short sem walaupun kerana satu alasan: aku tak mahu lama-lama di rumah. Aku akan bosan dan tidak ketahuan.

Walaupun hanya satu subjek, insya Allah, aku akan cuba yang terbaik. Rasa berbaloi kerana ada banyak program yang diadakan dan aku boleh belajar sesuatu. Aku sedang dalam proses mengubah diri. Bukan menjadi orang lain, namun aku cuba menjadi lebih baik. Walaupun tidka kepada orang lain sekurang-kurangnya kepada diri sendiri. Aku jadi takut andai maut datang sebelum aku sempat bertaubat dan bersedia menghadapinya.

Naudzubillah...

Banyak perkara terjadi. SAku sedar atau tidak, aku sengaja atau buat tidak endah, semuanya ada signifikan dan punya kesan dalam hidup aku. Aku jadi makin kenal dengan perangai sendiri walaupun aku belum berjaya memahami diri orang lain.

Kita semua ada potensi hanya kita yang menutup pintu-pintu peluang yang ada.

Allah, semoga short sem ini meninggalkan memori indah sebagaimana aku lalui di Nilai. Semuanya ada kisah dan pengajajaran yang banyak untuk aku. Doakan perjalanan novel aku berjalan lancar dan dapat dipasarkan sebagaimana impian aku...

Sahabat, terima kasih sentiasa ada bersama-sama saya walaupun saya bukanlah sahabat yang baik untuk kalian. Saya hanyalah manusia biasa yang banyak berbuat salah..

Titik.

Comments

Anonymous said…
amin...may Allah bless u :)
Jamilah said…
Cik Anon,

Amin... May Allah bless you too. :)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...