Skip to main content

Panduan: Mahu Tembusi Majalah Tempatan?

Bismillah..

Insya Allah, hari ini saya akan berkongsi beberapa tips bagaimana mahu menembuskan karya kita ke majalah tempatan. Tentunya petua ini bukanlah daripada saya sendiri namun saya kutip daripada artikel yang ada dalam laptop saya yang saya peroleh daripada Kak Sarah.

Jom tengok.



Beberapa perkara yang perlu dielakkan:
1. Menggunakan tulisan tangan.
2.Menggunakan bahasa yang kurang sopan terutamanya ketika menghantar karya menggunakan mel elektronik.
3. Menghantar karya yang sama kepada penerbitan lain. -satu karya satu majalah-

Beberapa panduan:
1.Tahu kesepadanan karya yang dihantar dengan tema majalah. Contohnya cerpen dalam Dewan Bahasa mementingkan tema memartabatkan bahasa Melayu. Bagaimana mendapatkan maklumat? Dapatkan majalah sasaran anda di pasaran.

2.Cara paling mudah menghantar karya adalah menggunakan mel eletronik. Untuk mengetahui e-mel para editor,anda boleh mendapatkan di majalah sasaran anda atau paling mudah tanyalah kepada Pak Cik Google.

3. Dianjurkan mengepilkan bersama karya anda sekeping gambar berukuran pasport. 

4. Tiga perkara penting:
-Surat iringan
-Biodata
-Karya
-Gambar (tambahan)

5. Tahu frekuensi majalah yang disasarkan. Contohnya Dewan Siswa terbit sebulan sekali. Kemungkinan paling awal karya anda tersiar setelah tiga bulan dihantar. Tidak mustahil hingga setahun tempohnya (pengalaman sendiri)

6. Buku catatan. Rekodkan karya anda yang tersiar di majalah untuk mengelakakn karya bertindan.

7.Gunakan format yang diperlukan oleh majalah.

sign

Comments

Ibnu Jamaluddin said…
Salam.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang cukup berguna.
Ana pun nak bercadang hendak hantar karya ana ke majalah-majalah tetapi perasaan malas menguasai, huhuhu.
Macam mana ye nak selesaikan masalah ini?
AinuL HayaT said…
salam kemesraan akakku :)

Ina pun hadapi masalah yang sama, bagaimana ye nak menepis rasa malas ni...padahal umat Islam takda sifat malas ni...huhu
jamilah said…
Ibnu Jamaluddin..
Wassalam,
Sama-sama. Hanya perkongsian maklumat.
Jika perasaan yang satu itu tidak dapatlah saya mahu menolongnya.
Cara mengatasinya adalah tulis karya, kemudian hantar. Tunggu hingga karya pertama kamu tersiar. Ketika itu barulah kerajinan itu akan datang.
Hantarlah.. Tak rugi.
jamilah said…
Ina NaiLofar,

Salam penuh kerinduan, adikku.. ;)

Mungkin sebab Ina dah lama tak menghantar ke majalah. Dulu-dulu kan selalu ada nama Ina Nailofar..

Kembalilah menulis dan menghantar ke majalah Ina.. Akak pun ada juga perasaan tu... Tapi mari kita banteras perasaan tu.. Jom kembali berkarya..

Ina bukan malas, cuma lama tidak menghantar. Sekarang mudah, gunakan e-mel, tak perlu hantar manual seperti dulu-dulu..

~Selamat kembali,adikku... Jom kembali berkarya... Ina ada potensi yang sangat besar...~
jamilah said…
Ainul,

Huhu.. J ambil orang punya jah..

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub