Skip to main content

Nilai Sebuah Kasih (Bab 2)

BAB 1

BAB 2

Szaza telah memulakan tugasnya sebagai setiausaha di sebuah syarikat milik sahabat lamanya, Luqman Hafizi. Itulah caranya menghiburkan hati yang sarat terluka dek perbuatan Ikmal padanya. Walaupun bukan secara fizikal, perasaannya terdera. Ikmal Hakimi hari ini bukan lagi dirinya yang dahulu. Harta menyebabkan dia kabur menilai kaca dan permata. Itulah pandangan Szaza pada suaminya kini.

Tugas setiausaha ini diterima atas nasihat ibunya.

“Hari-hari mak lihat kamu termenung. Mak fikir elok juga kamu cari pekerjaan. Kurangnya kamu fikirkan yang buruk-buruk.”

Ketika dia menghubungi Luqman, sahabat lamanya, kebetulan Luqman mencari setiausahanya yang melepaskan tugas setelah mendirikan rumah tangga. Dia sekadar menghantar mesej meminta izin daripada suaminya, Ikmal Hakimi. Masih ada hormatnya pada imam keluarga, suaminya.

Szaza cepat membiasakan diri dengan dunia pekerjaan barunya walaupun dunia pekerjaan dia tinggalkan sejak lima tahun lalu. Bidak kesetiausahaan adalah bidang belajarnya di universiti.

***

“Kenapa dibiarkan deringan telefon berlagu panjang? Aku dengar sudah lima kali ‘pergi tidak kembali’ daripada telefon kamu berlagu. Kamu ada masalah? Mahu kongsi dengan aku?” Fikriah menegurnya pagi itu.

“Mengganggu? Maaflah. Aku matikan telefon aku. Tidaklah telinga kamu tersumbat dengan deringan telefon aku.”

Szaza tidak menjawab pertanyaaan rakan yang baru dikenali setelah menyertai syarikat sahabatnya ini.

Hatinya belum sembuh. Biarkan Ikmal yang datang memujuk. Itu tekad Szaza. Rindu sentiasa berdendang dna sendu sering bertamu saat ingatan pada si suami, mahu dia berikan pengajaran pada suaminya. Szaza melihat gambar pernikahannya lima tahu lalu. Teman saat rindu mendatangi pantai hati.

“Asyiknya merenung ...” Teguran Ikmal Hafizi mengembalikan Szaza ke pejabat.

“Encik Luqman, ada kerja yang perlu saya bereskan?” Szaza membahasakan encik sebagai tanda hormat pada majikan walaupun dia juga sahabatnya.

“Sengaja menjenguk kamu. Kasihan saya lihat kamu. Baliklah.”

“Balik? Kau suruh aku balik rumah itu? Menambahkan sakit hati aku sahaja.” Hilang bahasa santunnya.

“Awak masih isterinya. Tanggungjawab awak mentaatinya selagi dia tidak mengajak kamu kepada perkara tidak baik.” Luqman Hafizi mahu mencairkan ego di hati Szaza.

Szaza membatu. Dia berpura-pura melihat skrin komputer dan menyibukkan diri. Luqman segera berlalu, sedar Szaza enggan menerima sebarang kata.

***

“Mak kasihan melihat kamu, Szaza. Kerja siang malam. Fikirkan sama kesihatan kamu. Nanti apa yang kamu mahu melayang. Apa yang kamu kejar langsung tidak dapat.”

“Mak, Szaza penat. Szaza naik atas. Mahu berehat.”

Sebolehnya Szaza mengelak daripada mak buka mulut perihal masalahnya dan Ikmal. Biarlah masa menyelesai masalah mereka.

Mak Jah, ibu Szaza menggeleng melihat anaknya mendaki anak tangga. Kelihatan tubuh itu sedikit susut sejak kembali ke sini. Dia tahu hati anaknya memberontak. Anaknya mahu dipujuk, diajak kembali ke rumah. Dia anak yang biasa dimanja. Anak bongsu. Jenuh mulutnya berkata itu ini, Szaza hanya mendengar.

“Kamu ingat kebaikannya dan lupakan apa sahaja yang dia buat.” Pernah dia nasihatkan begitu, malangnya Szaza hanya biarkan kata-katanya terbang tanpa ditangkap dan masukkan dalam kepalanya.

***

Muhamad Ikmal Hakimi. Cantik namanya. Szaza melihat kad nama yang diterima melalui Imraatun Hasanah, teman sebiliknya. Menurutnya, ada seseorang minta sampaikan kad itu padanya. Ada pesanan bertinta hitam, tulisan tangan yang kemas.

“pertemuan kita mungkin tidak disenangi saudari. Namun bagi saya, ketenangan wajah saudari ketika kali pertama terpandang membuatkan lena malam saya hilang. Sudikan saudari berkenalan dengan saya?”

Szaza membaca kad itu ketika Imraatun Hasanah ke bilik air. Kad cantik itu menjadi habuan bakul sampah di hujung katilnya.

“Bukan masanya aku berkenalan dengan lelaki.” Dia mengomel sendiri.

***

Szaza membayangkan wajah ibu angkatnya, wanita tua yang mengorbankan hidup membesarkan dirinya.

‘kini aku sudah dewasa, memiliki apa sahaja yang aku mahu. Mengapakah Ikmal berubah? Apakah yang tidak kena?’

‘mak tidak setuju dengan apa yang aku buat. Hanya mak diam. Mana mungkin aku berpatah balik dan mengalah. Ikmal, datanglah jemput isterimu ini.’ Hati bersuara.

Seketika telefonnya berdering. Ikmal. Sengaja dia matikan telefon. Rindu membara dalam dirinya, namun ditepis rasa itu.

‘abang, Za rindukan abang yang dahulu.’

Dia terlena dengan gambar pernikahannya terlekap di dada.

***

Di pejabat Ikmal, dia bagaikan kucing kehilangan anak kecilnya. Banyak pelan-pelan yang perlu diperhati. Perasaanya tawar bagi melakukan sebarang kerja. Pemikirannya berpusat pada satu tubuh. Isterinya. Szaza.

“Ikmal, kamu tidak sihat? Adakah yang tidak kena?” Sapaan Alma, rakan sekerja menyentakkan lamunan Ikmal.

“Tidak ada apa-apa. Aku baik. Mengapa?” Ikmal buat-buat membelek pelan terbentang di mejanya.

“Macam orang isteri lari daripada rumah.”

Tembakan yang tepat.

“Ish, ada muka aku begitu? Kamu di bilik aku ada apa?” Dia melencongkan perbualan.

“Tuan mahu jumpa. Ada hal katanya mahu disampaikan. Segera.”

Ikmal segera beredar.

“Masuk Ikmal.” Terdengar suara memjemputnya masuk setelah pintu diketuk. Bukan Encik Mukhris sendirian, ada tetamu lain. Siapakah dia? Seperti pernah ketemu, tetapi dia tidak dapat memastikan siapa dan di mana mereka bertemu.

“Luqman Hafizi.”

“Ikmal yang kamu cari, inilah orang.”

Encik Mukhriz memperkenalkan mereka. Seribu tanda soal muncul dalam kepala.

Siapakah dia?

“Maafkan saya Encik Ikmal. Mungkin Encik Ikmal tidak mengenal saya. Saya rakan sepejabat Szaza, isteri Encik Ikmal.” Szaza meminta kebenaran kerja. Hanya sekali itu Szaza mengehantar pesanan ringkas. Dia mengizinkan.

“Tidak perlu berencik. Ikmal.” Tidak selesa berencik dengan tetamu ini. Tentu ada perkhabaran Szaza.

Mereka berjabat. Ikmal jadi teruja.

“Jom, kita bual di kafe.”

“Pergilah Ikmal. Selesaikan dahulu masalah kamu, sebelum kembali kerja.’ Encik Mukhriz bukan orang lain. Temannya sendiri. Dia tahu masalah Ikmal.

“Szaza sihat? Bagaimana dia sekarang?” Puluhan soalan ada dalam kepala yang mahu ditanya. Dia harus bersabar hingga mereka tiba di kafe. Salam bersahutan saat berpapasan dengan rakan sekerja Ikmal. Amalan yang subur dalam firma mereka. Salam.

***

Pelayan kafe datang membawakan menu sebaik mereka duduk di kerusi empuk kafe. Tidak ramai di kerusi kafe memandangkan ini bukan waktu rehat. Keadaan ini memudahkan bicara mereka.

“Tempahlah Luqman. Makanan di sini sedap.” Ikmal berbahasa dengan teman barunya. Khabar Luqman tidak sabar mahu didengar. Perihal Szaza.

Pelayan kafe kembali ke dapur masakan setelah pesanan diambil. Sunyi membungkus suasanan beberapa ketika.

“Szaza ...” Suara Ikmal menyentak ingatan Luqman yang sedikit khayal.

“Di mana dia sekarang?” Ikmal menyambung soal.

“Dia bersama ibunya. Selalu dia bercerita perihal Ikmal. Aku simpati dengan Szaza. Nampak lesu dan letih. Kandungannya baharu empat minggu. Kata dia, sebab itu dia mahu bekerja. Kumpulkan wang untuk anak itu.”

Ikmal tersentak. Makanan yang mahu disuap ke mulut kembali ke dalam pinggan. Dipandang tepat ke wajah Luqman.

Kau tidak berbohong? Szaza hamil?”

“Tiada alasan untuk aku menipu. Itu yang mendorong aku berjumpa kamu.Saban hari dia merenung gambar kamu. Egonya masih tinggi, mendengar panggilan masuk, sengaja tidak diangkat. Dia sudah menukar nombor telefon.”

“Patutlah panggilan aku tidak berjawab.”

“Alamat pejabat kamu saya ambil tanpa kebenarannya. Aku mahu melihat kalian kembali bersatu. Dia kawan aku. Susah dia, aku tidak senang duduk.”

Masing-masing meneruskan makan. Ikmal sedang mencerna berita yang baharu diterima. Makin laju dia menyuap setelah mendengar berita daripada Luqman Hafizi. Tambahan, perutnya sering dibiar tidak terisi kebelakangan ini.

“Terima kasih, Luqman. Buat masa ini, kau perhatikan Szaza untuk aku. Aku harap kau rahsiakan pertemuan ini.”

“Tanggung beres. Kawan aku gembira, aku bahagia.” Luqman tersenyum lebar.

Sejam berlalu tanpa sedar. Kafe ditinggalkan dengan semangat. Dia kembali ke pejabat, menyudahkan kerja tertangguh. Luqman tersenyum menuju kereta. Selesai satu masalah. Hanya perlu memujuk Szaza.

“Buang tebiat ke Ikmal. Pukul enam masih di pejabat?” Alma, rakan sekerjanya menjengah ke pejabat Ikmal.

“Tidak sedar aku. Terima kasih, Alma.”

Ikmal belum berhajat pulang ke apartmen sunyinya. Ikmal menyemak pelan-pelan yang perlu diperhati sebelum dibentang kepada pelanggan. Tepat jam tujuh, baharulah dia meninggalkan ruang kerjanya. Tidak terus puang ke rumah, dia singgah di masjid menunaikan solat Maghrib berjamaah.

Perasaannya tenang. Usai Maghrib dimanfaatkan dengan mendengar kuliah Maghrib. Selesai Isyak,laju keretanya membelah kekalutan kota yang tidak pernah tidur.

***

Szaza mengemas beg pakaiannya usai menghantar Ikmal ke muka pintu. Dia mengucup tangan kasar suaminya. Walapun perasaan bersalah menjalar di dalam hati, keputusannya muktamad. Setelah selesai, dia mencapai kunci kereta BMW milikny. Dia ada maruah untuk dipertahan. Jika Ikmal sewenang-wenang menuduhnya dengn tuduhan tidak berasas, dia harus mengambil keputusan sendiri. Keretanya meluncur laju menuju klinik Dr Suliza. Tiada lagi rasa bersalah atau berdosa dalam hatinya.

“Tahniah, Szaza. Awak bakal bergelar ibu. Ikmal Hakimi mana?”

“Dia ke Pulau Pangkor. Ada seminar.” Szaza menjawab tanpa rasa.

Berita gembira itu diterima hambar. Kegembiraannya tawar dengan keengganan Ikmal menemaninya. Namun, dia puas. Biar bulat mata Ikmal melihat dirinya. Dia telah membuktikan dirinya bukan seperti dikata Ikmal. ‘Szaza akan bergelar Ibu, abang.’ Dia bersuara pada diri sendiri. Di sudut hati, ada terselit rindu mahu mengkhabarkan berita gembira ini pada suaminya. Ditahan rasa itu.

“Ah, abang tidak perlu tahu kehadirannya. Biar Za yang tanggung. Bukan abang kata Za tidak mampu hamil.” Air mata Szaza menitis bawah sedar. Kata-kata itu terlalu menusuk. Lebih tajam daripada belati yang menusuk dada.
***
Pesanan ringkas yang diterima malam itu mengejutkan Szaza.

“Abang ucapkan tahniah, sayang. Abang minta maaf. Pulanglah! Abang rindu.”

‘Mana dia dapat nombor baharu aku?’ Szaza pelik. Dia menukar nombor mengelak Ikaml menjejak dirinya. Hanya orang tertentu yang punya nombor ini.

‘Biarkan.’ Pesanan terbiar tidak berbalas. Dibaringkan tubuh yang kian berisi. Fikirannya melayang.

“Abang, kalau kita dapat anak, abang mahu anak lelaki atau perempuan?” Szaza pernah mengajukan soalan itu pada Ikmal. Malam ulangtahun perkahwinan mereka ketiga. Mereka berbicara tentang zuriat. Perihal masa hadapan.
“Abang terima sahaja. Sebab ... perempuan akan tolong buat kerja rumah. Lelaki, dia boleh jaga sayang andai abang ‘pergi’ dahulu.”

“Abang ...”

“Sayang, jangan dinafi takdir. Telah tercatat tarikh mati kita. Sekadar beringat, bukankah baik? Impian kita tidak mesti tercapai.” Dicubit pipi Szaza, manja.

‘Benar, abang. Impian yang telah kita anyam belum tentu tersimpul indah. Ah ... seringkali aku mengenang wajahnya. Apakah yang sedang abang lakukan sekarang?’

Szaza sekat mata, mengubat rindu. Perasaan makin tenang. Luka yang mulai kering belum sembuh sepenuhnya. Masih perlu ‘rawatan tambahan.’

Szaza mencapai semula telefon bimbit di sisinya. Pemberian Ikmal sempena ulangtahunnya ke-25. “Senang kalau abang kerja luar.” Demikian kata Ikmal. Saat ini telefon itu tidak lagi memberi erti. Dia sebenarnya teragak-agak sama ada mahu membalas pesanan ringkas kiriman Ikmal. Akhirnya, dibiar tanpa balasan.

***
Siang berganti malam mengikut aturan. Ikmal amat terasa dengan kehilangan ini. Hendak ke rumah ibu mertuanya, terasa berat kaki. Hanya pesanan ringkas dihantar setiap hari.

Sudah tiga hari kiriman bunga segar ros merah dikiriman untuk Szaza. Dia tahu Szaza tersenyum melihatnya. Luqman Hafizi, teman baharunya menyampai khabar.

Pemergian Szaza amat bererti buat Ikmal. Dia menilai kembali jasa dan kebaikan isterinya. Menjaganya dengan sabar. Mengatur hidupnya, menyusun jadual hariannya. Szaza pembantu peribadinya yang baik.

‘Abang doakan Za bahagia menjalani hidup. Suatu hari nanti, kasih kita kembali bersatu. Setelah abang benar-benar menjadi suami.’ Ikmal bertekad dalam diri.

Dia semakin sibuk. Di samping tugasan pejabat, Ikmal mengubah suai bilik kosong di rumahnya. Dia mengupah seorang perunding hiasan dalaman rumah, menghias bilik itu menjadi sebuah bilik bayi. Bilik yang dinamakan ‘Kamar Beradu Qurratun ‘Ain’. Sebab itu dia melengahkan masa menjemput Szaz. Kejutan besar untuknya!

‘Aku mahu selesaikan tugas ini dahulu.’ Dia merangka rancangan.

bersambung ...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub