Skip to main content

Lalu Pena Kembali Menari

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Alkisahnya aku bertekad mahu berhenti menulis di blog ini menjelangnya 2013. 8 Januari 2013, hati mendesak mahu kembali menulis dan suara dalam diri makin kuat meminta jari kembali mengatur kata di sini. Pada mulanya aku mahu sahaja membuat akaun baharu, seterusnya mula menulis di blog lain. Aku tidak sampai hati. Aku sayangkan blog yang sudah beroperasi tiga tahun seingat aku. Berulang kali aku menukar url, akhirnya aku mahu kekal menulis di sini.

Aku tidak menembusi mana-mana media tidak bererti aku perlu berhenti menulis. Seakan lompong ada saat aku melihat blog ini tidak dikemaskini. Biarlah ia contengan, catatan picisan, atau cerita harian, aku perlu kembali menulis.

Kata-kata yang kak Aishah Nur Hakim tuliskan dalam blognya, seakan menjadi suntikan untuk aku kembali menekan papan kekunci malam ini. Tiga hari tanpa keruan, perasaan yang menekan untuk menulis entri baharu ditunai dalam blog peribadi. Masih belum cukup, aku kem bali menulis di sini.

Kita tidak tahu masa hadapan yang bagaimana warnanya. Kuakui catatan-catatan lepas mengingatkan apa yang pernah aku lakukan. Anak nakal, kisah dahulu, cerita yang buatkan aku senyum, ternyata lima tahun aku melakar di blog, banyak cerita yang aku kongsi yang kadang hanya aku ingat saat aku belek- belek catatan di blog.

Dan Jamilah kembali mengisi blog dengan entri baharu. Benar kata kamu. “impossible.” Tidak sampai sebulan sudah gatal jemari mahu menulis di sini. Memang tiada yang membaca, sekadar menulis syok sendiri.

8 Januari 2013, catatan pembukaan 2013.

11.07 malam
8 jan 2013

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...