Skip to main content

Seakan layang keputusan tali Melayang mengikut angin.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Hanya orang yang punya impian akan bekerja. Tidak kiralah apa impian. Apa mimpinya. Apa matlamatnya. Orang bekerja akan dapat apa yang dia mahukan. Pasti, semuanya atas keizinan Allah.

Tatkala,
Jiwa di awan, jauh akal mengembara tanpa tujuan pasti
Dia
Seakan layang keputusan tali
Melayang mengikut angin.
Di manakah daratannya?

Apa yang ada dalam fikiran itu yang terlantun pada perbuatan. Ingat, Allah sudah rakam dalam al-Quran, keadaan tidak berubah selagi mana DIRI tidak berubah. Diri sendiri. Diri sendiri. Diri sendiri. Sudah banyak tahun dipersia, sedang tidak pasti destinasi yang dituju.

Sebab itu tidak tercapai yang apa sepatutnya dicapai. Semuanya tersimpan dan tidak nampak apa yang mahu dicapai. Berhenti sejenak. Toleh tujuh tahun lalu saat diri itu menulis apa yang diri mahu jadi, dan Allah memberi lebih baik daripada apa yang diinginkan. Sedang saat ini, apakah lagi yang tinggal? Allah sentiasa merindukan permintaan hamba-Nya. Bagaimana akan diberi jika tidak meminta. Minta dan terus berusaha.Tiada yang turun daripada langit tanpa tangan yang bekerja dan ada peluh menitik menyudahkan kerja itu. (ah, sedapnya jemari menulis!)

Jagalah tulisan itu, supaya kelak bukan ia penyebab kamu berada dalam keburukan. Akal yang diberi untuk berfikir, gunakanlah ia sebaiknya. Orang yang tahu belum tentu akan buat. Orang yang buat memang tahu. Perjalanan baharu bermula dan perhentian seketika menyeksa jiwa. Teruskanlah. Selagi dipinjam jemari yang sihat mengatur aksara, akal yang dapat berfikir, dan jantung yang tetap berdenyut, alirkan aksara di sungai bicara. Suatu hari saat dipandang semula catatan ini, tahulah kamu bahawa keputsanmu menerus bicara dan mengatur aksara adalah keputusan terbaik. Diam bukan keputusan bijak.

Susun kembali
Impian berkecamuk
Jadi satu!
Untuk apa kamu menulis?

Wahai yang mahu menulis, teruskan berlari dan melarikan aksara menjadi perenggan. Tiada masa untuk dibazirkan dan membina alasan demi alasan. Tulis. Tulis dan tulis. Itu ubat yang kamu cari. Setelah diberi kemudahan, apa lagi yang kamu cari?

G4.1, SAFF, uiam.
090113.

kredit gambar:  http://browse.deviantart.com/traditional/collage/?order=9&q=kite#/d20hh7g

Comments

Anonymous said…
(= kembali ke sini. meninggal jejak.
moga apa yang dituis tak terarah kepada yang buruk. Allah ! )'=

jazakillahu khairan jaza' untuk ingatan. moga Allah redha.
aku-bukan-robot,

moga Allah redha kita semua. :)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub