Skip to main content

sekian, terima kasih.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Sejak pagi saya berkira-kira mahu memaklumkan satu dunia atau tidak situasi terbaharu saya. Buka blog, tutup, buka kembali, akhirnya saya menulis. Ia bukan ceritera manis, hanya pengakhiran sebuah perjalanan di taman ilmu dan budi.

Sebagaimana saya pernah menceritakan secara berselindung atau terus terang dalam blog ini kisah-kisah kedegilan dan 'peristiwa demi peristiwa yang dicipta' sepanjang tiga tahun setengah pengajian saya di taman ilmu dan budi, biarkan jemari ini meriwayatkan pengakhiran kisah ini.

kata-kata menjadi nyata
hanya senyum menyambut berita
sedih tiada, rasa biasa
segulung ijazah : berapa ramai yang boleh meneruskan hidup tanpanya?

"dismiss"

itu status saya di taman ilmu dan budi. Mulai semester hadapan, saya bukan lagi bergelar 'student uia'. Tamat ceritera saya di uia.

Saya tidak menyesal sebab tiga tahun setengah di taman ilmu dan budi, saya berpeluang belajar subjek-subjek yang saya teringin belajar. Subjek-subjek adab, (hampir semua yang ditawarkan sempat masuk kelas dan berkenalan dengan subjek itu walaupun tidak selesai, satu semester dalam kelas fotografi, berkenalan dengan sahabat-sahabat yang sangat baik, lecturer yang sangat baik.

Hati yang terhijab dengan ilmu, kotor manakah ia?

Buat sahabat dan teman, selamat meneruskan perjuangan. Ada kesempatan, saya akan hadiri majlis konvo kalian. Macam cerpen yang pernah saya tulis, saya tidak sempat hadiri majlis konvokesyen, namun tidak ada sebab untuk saya sedih, sebab jalan masih panjang. Satu jalan tertutup sebab diri sendiri, saya percaya banyak jalan yang masih terentang.

Saya sudah diberi banya ruang dan peluang untuk saya baiki, namun ini jalan yang saya 'pilih.' Berani buat, tanggunglah akibatnya.

Sekian, pemberitahuan untuk 2013. :)

senyum tidak perlu kata apa-apa.

Masa menghadapi kenyataan dan berdikari! (berdikari tu apa, nek? bendi dan kari ke? -Nur, drama Nur Ramadhan)

Comments

Salam singgah dan ziarah :)

Bagi insan yang punya semangat kental, apapun yang berlaku pasti dapat dilaluinya dengan tenang.

Positif hadapi hidup. Pasti ada jalannya.

*Senyum selalu kerana senyumanmu mahal harganya,hehe*
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥,

Terima kasih berkunjung teratak contengan hamba,

Lepas tahu peristiwa itu mahu lagi positif. Ruang luas untuk menulis. Sekian, terima kasih!

*mahal kan senyuman Jamilah Mohd Norddin. Ish.ish.ish.*

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...